web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:40AM

Saifuddin Nasution Ismail (dua, kiri) menyampaikan sumbangan pada program Ihya Ramadan semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Polis akan mengambil tindakan terhadap beberapa lagi individu yang dikaitkan dengan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis telah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka.

"Kita berjaya menemukan semua senjata yang beliau miliki dan tinggal sekarang polis buat pengumuman penangkapan beberapa lagi yang terlibat... akan ada lagi pemantauan pihak polis setelah hasil soal siasat itu mendapati ada lagi individu yang disyaki terlibat.

"Jadi pada peringkat sekarang, kita serah kepada kebijaksanaan pasukan polis untuk buktikan betul atau tidak kedatangan lelaki itu seperti yang disebut atau yang  , semua dalam rangka soal siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis penerapan nilai-nilai murni dan ihya Ramadan sempena ulang tahun ke-11 Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini semalam.

Kelmarin dilaporkan seorang lelaki warga Israel berumur 36 tahun ditahan polis bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru hidup di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan rakyat di negara ini adalah terjaga.

"Beri ruang pada polis, ini kerja polis, buat masa sekarang semua pihak, termasuk jelata elak buat alasan dan spekulasi, saya yakin dengan kemajuan siasatan polis kerana tangkapan warga Israel ini yang gunakan pasport perjalanan Perancis berjaya dikesan dengan senjata dalam tempoh 48 jam," katanya.

Beliau juga berkata ESSCOM, yang kini melangkah ke tahun yang ke-11, memiliki rekod gilang- gemilang kerana berjaya mengekang jenayah penculikan untuk wang tebusan dan kes itu sudah tidak berlaku sejak 2020.

"Ancaman keselamatan itu di Sabah jauh berkurangan dengan adanya ESSCOM, semua statistik menunjukkan pantai timurSabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan menarik.

"Beberapa bulan lepas, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan dan, pihak Tourism Malaysia telah membuat pembentangan bagaimana kedatangan pelancong pada trend yang meningkat," katanya.

Saifuddin Nasution berkata, perkara itu dibantu oleh perubahan strategi dari segi koordinasi selain mengkategorikan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESS ZONE) sebagai bukan kawasan perintah berkurung sebaliknya perintah kawalan pergerakan.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan bantuan bakul makanan serta duit raya kepada 25 orang kurang upaya dan 19 anak yatim, yang merupakan anak petugas pasukan keselamatan di Lahad Datu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

4

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad