web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2026 3:44PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bukan bermakna pelarian akan terus menetap di negara ini, sebaliknya pengurusan golongan itu tetap berakhir dengan tiga ketetapan muktamad iaitu repatriasi, penempatan ke negara ketiga atau pengusiran.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata program perintis yang bermula secara rasmi pada 1 Januari lepas dilaksanakan selaras Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 23 (Semakan 2023) bagi memastikan pengurusan pelarian dan pemohon suaka di negara ini lebih tersusun, terancang dan berperikemanusiaan.

"Jadi jalan akhir kepada program DPP ini tetap tiga, bukan bermaksud daftar DPP, match (dipadankan) dengan majikan, dia (pelarian) dah selesai, boleh settle down (menetap) di sini, tidak. Penamatnya tetap tiga iaitu repatriasi, penempatan ke negara ketiga dan pengusiran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata pelaksanaan fasa satu Program DPP memberi tumpuan kepada proses Penentuan Status Pelarian (RSD) terhadap pelarian yang kebanyakannya warga Myanmar etnik Rohingya yang sedang ditahan di depot imigresen seluruh negara.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini mengetuai 20 kementerian dan agensi kerajaan untuk merekodkan maklumat, biometrik, pengecaman wajah serta rakaman suara golongan berkendan menggunakan sistem yang dibangunkan melalui Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) bagi membina pangkalan data domestik yang komprehensif.

"Sebagai permulaan, pelarian ini datang dari pelbagai negara tetapi yang kita dulukan fasa pertama ini untuk etnik Rohingya warga Myanmar melibatkan sejumlah 4,010 orang dengan pecahannya adalah 4,008 warga Myanmar, seorang Sudan dan seorang Syria," katanya.

Beliau berkata data komprehensif tersebut turut berpotensi digunakan untuk program padanan kerja melibatkan pelarian umur produktif antara 20 hingga 40 tahun bagi mengisi kekosongan dalam lima sektor ekonomi utama iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian, peladangan dan perkhidmatan.

Langkah itu, katanya, secara tidak langsung membantu mengharmonikan keperluan majikan tempatan dengan dasar Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang mengecilkan had siling pekerja asing kepada 10 peratus sahaja atau maksimum 1.7 juta orang daripada keseluruhan kira-kira 17 juta jumlah tenaga kerja negara.

Mengenai perkembangan di PPKPPS Bidor yang mempunyai kapasiti 400 orang, Saifuddin Nasution berkata setakat ini seramai 101 tahanan warga Myanmar etnik Rohingya membabitkan 100 lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa ditempatkan di situ dengan 78 daripada mereka telah diluluskan sebagai status pelarian di bawah program DPP.

Beliau berkata Program DPP dijadualkan bakal dilaksanakan secara menyeluruh menjelang awal bulan depan selepas semua saringan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan diperkemaskan oleh pihak berkuasa.

"Menjelangl Jun ini, kita akan laksanakan untuk yang kumpulan 4,000 (4,010) tadi. Dari mula dilaksanakan pada 1 Januari sehingga sekarang, kita kena uji sistem, dan lakukan proses tapisan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

4

Politik 2 tahun yang lalu

Saya Akan Terus Dedahkan Isu Nadir Bumi - Saifuddin

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad