web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:18PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 meningkat 5.7 mata berbanding lima tahun sebelum ini iaitu daripada 81.24 peratus pada 2019 kepada 86.94 peratus pada 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bandar paling bahagia didahului Cameron Highlands, diikuti Jeli (Kelantan) dan Jerantut (Pahang).

"Ini menunjukkan kesejahteraan rakyat negara kita terpelihara melalui perkhidmatan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penyediaan kemudahan yang menyumbang kepada persekitaran kehidupan selesa serta kondusif," katanya kepada media selepas melancarkan sambutan Hari Kebahagiaan Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi pengukuran Indeks Kebahagiaan pada 2024, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bersama 144 PBT membuat kaji selidik dalam kalangan penduduk dan mendapati 71 peratus sudah mencapai tahap bahagia, manakala 29 peratus mencapai tahap sederhana bahagia.

Di Malaysia, Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan telah mula disambut secara rasmi sejak 2015.

Nga berkata, keharmonian, keamanan dan masyarakat berbilang kaum adalah kunci kejayaan negara, justeru penting bagi masyarakat mengamalkan prinsip MADANI yang mengetengahkan sikap saling hormat-menghormati dan ihsan.

Menurutnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus mempergiatkan inisiatif yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) komprehensif dan berdaya saing serta meningkatkan Program Penyelenggaraan Perumahan Berstrata.

Inisiatif lain termasuk melaksanakan Penarafan Bandar Pintar Malaysia, Operasi Pembasmian Berterusan Tapak Pelupusan Sampah Haram, Blueprint Ekonomi Kitaran, menambah baik Penyampaian Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus di PBT dan membina 100 Taman Rekreasi Awam MADANI di seluruh negara.

Nga berkata, KPKT melalui PLANMalaysia juga akan terus komited untuk melaksanakan dan merealisasikan perancangan bandar dan desa yang seimbang, terangkum dan saksama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

3

Usahawan 3 tahun yang lalu

Nikmati Sayuran Segar Aininaz Farm Kuala Pilah Seperti Di Cameron Highlands

4

TARA 3 tahun yang lalu

Nikmati Stimbot Enak Tanpa Pembaziran Di Cameron Highland

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar