Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 4:13PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Tulip, bunga kebangsaan Turkiye dan Belanda, yang kini sedang mekar di Cameron Highlands, Pahang menarik pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Lebih unik, 2,500 kuntum bunga itu berkembang penuh iaitu lebih kembang daripada kebiasaannya kerana suhu panas tinggi di negara ini.

Pengurus Besar Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands, Lokmanulhakim Basiron berkata, tahun ini adalah tahun ketiga tulip ditanam di Taman Agroteknologi MARDI di sini dan tanaman itu terus menggamit kedatangan pengunjung yang mahu melihat bunga tersebut dari dekat.

"Tulip akan berbunga pada musim bunga dan mula mekar apabila cuaca panas. Tulip ini berasal dari Iran dan Turkiye tetapi teknologi pembiakan benih bunga ini diterajui oleh negara Belanda dan benih juga telah diimport dari sana.

"Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands telah mula menanam bunga tulip sebanyak 300 pokok bersempena program cuti sekolah di Laman Bunga Mini Cameron pada Februari 2022 dan pada Februari 2023 sebanyak 1,500 pokok ditanam, manakala tahun ini sebanyak 2,500 pokok pula ditanam," katanya ketika ditemui BERNAMA di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands baru-baru ini.

Menurut Lokmanulhakim tulip berkembang secara berperingkat mengikut warna dalam tempoh lima hingga 10 hari di tanah yang panas seperti di Malaysia, berbanding dalam tempoh dua hingga tiga minggu mengikut cuaca ideal.

Beliau berkata, suhu ideal untuk menanam tulip adalah di bawah 12 darjah Celsius dan bunga itu mempunyai had toleransi suhu sehingga 29 darjah Celsius.

"Beberapa darjah di bawah tahap ini akan memusnahkan tunas dan bunga tulip. Sekiranya suhu mencapai tahap pembekuan, keseluruhan tulip boleh rosak.

"Tulip lebih memerlukan cahaya matahari penuh pada waktu petang atau dengan matahari pagi sahaja, kerana tulip tidak sesuai dengan haba yang tinggi," jelasnya.

Usai tempoh berbunga, batang dan daun tulip perlu dibiarkan reput secara semula jadi sehingga menjadi kuning atau coklat sebelum dikeluarkan dari tanah, katanya.

Beliau menjelaskan jika daun dikeluarkan semasa masih hijau, bebawang (benih) tidak dapat menyimpan makanan yang mencukupi untuk mekar.

Bebawang kemudian, katanya, dibersihkan dan disimpan dalam beg jaring di tempat kering dan sejuk serta terhindar daripada cahaya matahari.

"Bebawang tulip yang telah dibersihkan akan disimpan di dalam bilik sejuk selama tempoh 12 minggu sehingga enam bulan bagi tempoh dormansi (tempoh pertumbuhan tidak aktif) pada suhu di bawah 5 darjah Celcius.

"...dan kemudian akan dipindahkan ke medium bebola Leca (sejenis tanah liat khas) selama dua minggu untuk tujuan pengakaran pada suhu bilik, selepas itu, bebawang akan dimasukkan ke dalam medium tanah seperti peatgrow (lumut gambut) untuk membantu tumbesaran selama tiga hingga empat minggu sebelum dipindahkan ke tapak pameran," jelasnya.

Lokmanulhakim berkata, tahun ini jenis tulip yang ditanam adalah Rood (merah), Yellow Baby (kuning), Flair (campuran jingga), Roze (ungu cair), Paars (ungu gelap) dan Flaming Baby (campuran jingga, kuning dan merah).

Setiap warna, katanya, dikaitkan dengan maksud tertentu seperti Rood melambangkan cinta yang kuat dan Yellow Baby melambangkan persahabatan.

Mengulas mengenai program cuti sekolah di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands, selain Pesta Tulip, beliau berkata, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai tanaman buah Mediterranean seperti epal, pir, anggur dan strawberi, selain bunga-bungaan seperti keembong, camellia, dahlia, petunia, bunga bakung dan mawar.

Terletak pada ketinggian 1,400 meter dari aras laut dan bersuhu nyaman sepanjang tahun, taman itu katanya, adalah pusat perhentian pelancongan tanah tinggi yang strategik susulan berdekatan pekan Tanah Rata.

Turut menjadi tarikan adalah ladang teh tertua dan kilang teh pertama di Malaysia yang juga Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pertanian Hijau.

Tiket masuk dijual hanya pada harga RM10 bagi dewasa, RM5 bagi kanak-kanak dan warga emas serta percuma untuk golongan Orang Kurang Upaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

3

TARA 1 tahun yang lalu

Istanbul Bersedia Persembahkan Festival Bunga Tulip Yang Diadakan Pada Setiap April

4

Usahawan 1 tahun yang lalu

Nikmati Sayuran Segar Aininaz Farm Kuala Pilah Seperti Di Cameron Highlands

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 1 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN