Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Istanbul Bersedia Persembahkan Festival Bunga Tulip Yang Diadakan Pada Setiap April

Pemandangan indah boleh dinikmati di Emirgan Grove, Gülhane Park, Yıldız Grove, Soğanlı Botanic Park, Beykoz Grove, Büyük Çamlıca Grove, Küçük Çamlıca Grove, Fethipaşa Grove dan Hidiv Pavillon Grove di İstan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 2:12PM

Bunga Tulip merupakan antara simbol terpenting budaya Turki. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pabila tamatnya musim sejuk, tibalah masanya kedatangan musim bunga di negara-negara empat musim. Ketika ini, negara atau bandar-bandar terlibat akan menyaksikan keindahan landskap alam yang berubah menjadi berwarna-warni. 

Jika di Istanbul, ketibaan musim bunga menandakan bandaraya itu akan dipenuhi dengan bunga tulip yang menjadi salah satu tarikan pelancongan. Setiap tahun pada bulan April, beberapa tempat paling popular di Istanbul akan dihiasi dengan bunga tulip. 

Biarpun bunga Tulip sering dikaitkan dengan Belanda, namun ia sebenarnya berasal dari Anatolia, Turkiye. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)
Biarpun bunga Tulip sering dikaitkan dengan Belanda, namun ia sebenarnya berasal dari Anatolia, Turkiye. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

Musim bunga berwarna-warni, mengubah bandar itu menjadi lapangan pesta visual yang besar dan menarik. Sebagai contoh, pengunjung boleh menyaksikan permaidani bunga tulip yang luas seolah-olah ditenun ke Dataran Sultanahmet yang menggunakan kaedah akuakultur penanaman tulip. 

Pemandangan serupa boleh didapati di Emirgan Grove, Gülhane Park, Yıldız Grove, Soğanlı Botanic Park, Beykoz Grove, Büyük Çamlıca Grove, Küçük Çamlıca Grove, Fethipaşa Grove dan Hidiv Pavillon Grove di Istana.

Simbol tulip menonjol dalam seni dan budaya Turki

Biarpun bunga Tulip sering dikaitkan dengan Belanda, namun ia sebenarnya berasal dari Anatolia, Turki. Dek itulah bunga ini merupakan antara simbol terpenting budaya Turki. Bunga tulip, telah digunakan sebagai motif hiasan dalam kraftangan sejak abad ke-12.

Pada zaman Uthmaniyyah, ia menjadi sangat popular sehingga menjadi subjek puisi, perintah, cerita dan lukisan kecil. Motif bunga tulip turut digunakan pada hiasan masjid, batu nisan dan istana, serta dalam corak permaidani. Begitu juga corak kaftan dan peti mas kahwin, syiling, topi pertempuran dan meriam.

Tulip, pada asasnya bunga yang hidup dengan liar, ditanam pada abad ke-16 di İstanbul, ibu kota Empayar Uthmaniyah dan ditanam di seluruh bandar sebagai bunga taman. Minat terhadap tulip ini meningkat dan berkembang sepanjang pemerintahan Suleiman the Magnificent, membawa kepada pembangunan pelbagai jenis dan kultivar tumbuhan. Terutamanya tulip İstanbul, yang dikenal pasti dengan dan simbol bandar, muncul dalam tempoh ini. 

Ketika pemerintahan Sultan Ahmet III, bunga tulip mencapai meraih puncak kemasyhurannya. Dengan hampir dua ribu jenis atau spesis, menjadikan tempoh awal abad ke-18 ini dikenali sebagai Era Tulip (Lale Devri).

Memandangkan banyak jenis tulip ditanam, tulip dan warnanya memberi pelbagai makna. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)
Memandangkan banyak jenis tulip ditanam, tulip dan warnanya memberi pelbagai makna. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

Setiap warna mempunyai makna yang berbeza

Memandangkan lebih banyak jenis tulip ditanam, tulip dan warnanya memberi pelbagai makna. Tulip merah melambangkan cinta, manakala tulip putih mewakili kesucian. Bunga ungu menandakan 'kebangsawanan dan percintaan', dan kuning menunjukkan 'kegembiraan' dan 'cinta tanpa harapan.' Tulip hitam yang jarang ditemui menandakan 'tidak tercapai dan jarang', manakala tulip berjalur bermaksud 'anda mempunyai mata yang cantik’.

Tulip mula diperkenalkan ke Eropah apabila ia dibawa ke Vienna, Austria, dan kemudian ke Belanda pada separuh kedua abad ke-15. Dengan cepatnya, ia meraih populariti di Belanda, dan ia kemudian  dibawa ke Ottawa, ibu negara Kanada, dan akhirnya menjadi terkenal di dunia.

Terdapat banyak jenis tulip yang masih ditanam di Anatolia hari ini. Antara yang paling menarik ialah ‘tulip terbalik’, juga dikenali sebagai ‘pengantin menangis’. Terdapat 167 spesies tulip terbalik di seluruh dunia. Ada daripadanya adalah sepsis endemik, yang hanya boleh dilihat di Türkiye.

Masa terbaik untuk melihat bunga tulip Turki mekar adalah pada dua minggu pertama bulan April. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)
Masa terbaik untuk melihat bunga tulip Turki mekar adalah pada dua minggu pertama bulan April. - Gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

5 fakta mesti tahu tentang bunga tulip di Istanbul

1) Festival Tulip Amsterdam sudah pasti adalah acara paling terkenal di dunia untuk melihat bunga tulip mekar dan setiap tahun beribu-ribu pelancong turun ke bandar itu untuk mengambil gambar. Bagaimanapun, sebagai negara asal Tulip, Turki telah mengadakan festival ini di Istanbul semenjak tahun 2005 lagi.

2) Festival Bunga Tulip akan diadakan sepanjang bulan April di Istanbul. Setiap tahun hampir 30 juta tulip yang ditanam di seluruh Istanbul. Selain boleh merakam keindahan bunga pujaan ramai ini, anda juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti pertunjukan muzikal klasik, pameran seni dan jualan lukisan.

3) Jika di Belanda anda perlu membayar tiket masuk, di Istanbul tiada bayaran yang dikenakan untuk melihat hamparan tulip ini.

4) Masa terbaik untuk melihat bunga tulip Turki mekar adalah pada dua minggu pertama bulan April. Ini kerana selepas waktu itu bunga-bunga itu mungkin mula layu. Bagaimanapun, ini semua sangat bergantung pada cuaca. Jika sejuk, anda boleh mengharapkan bunga tulip mekar lebih lewat.

5) Terdapat enam lokasi utama untuk anda menyaksikan festival ini iaitu Emirgan Park, Gulhane Park, Sultanahmet Square, Camlica Hill, Goztepe Park, Yildiz Park. Jika tidak punya masa, pastikan anda ke Emirgan Park. - Getaran, 26 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Tiba Di Turkiye, Bakal Bertemu Erdogan Hari Ini

3

TARA 5 bulan yang lalu

Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

4

TARA 9 bulan yang lalu

Selepas 2 Tahun Ditutup, Menara Maiden, Istanbul Kini Mengalu-Alukan Kedatangan Pengunjung

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok