Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

Konvensyen Warisan Dunia UNESCO menyifatkan bandar purba Gordion sebagai ‘sebuah penempatan pelbagai lapisan yang merangkumi tinggalan kota purba Frigia iaitu kerajaan bebas Zaman Besi’ 

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 10:58AM

Muzium Gordion menempatkan artifak yang ditemui di tapak arkeologi Gordion. gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tapak arkeologi Gordion di Ankara, ibu kota Türkiye kini termasuk dalam  ‘Senarai Warisan Dunia UNESCO’. Penyenaraian ini didaftarkan pada 18 September lalu dan ini bermakna Gordion adalah tapak warisan ke- 20 yang dimasukkan dalam senarai dari Türkiye.

Konvensyen Warisan Dunia UNESCO menyifatkan bandar purba Gordion sebagai ‘sebuah penempatan pelbagai lapisan yang merangkumi tinggalan kota purba Frigia iaitu kerajaan bebas Zaman Besi’.  

Jelas UNESCO, penggalian dan penyelidikan arkeologi di tapak berkenaan memberi pendedahan mengenai  khazanah tinggalan yang mendokumentasikan teknik pembinaan, susunan ruang, struktur pertahanan dan amalan pengebumian yang menggambarkan perihal budaya dan ekonomi masyarakat Frigia.

Serpihan tembikar untuk tatapan pengunjung Muzium Gordion.
Serpihan tembikar untuk tatapan pengunjung Muzium Gordion.

Bandar purba Gordion yang terletak di daerah Polatlı di Ankara ini adalah bukti luar biasa  kepelbagaian khazanah tamadun yang meninggalkan jejak mereka di tanah Anatolia. 

Bandar berkenaan yang memberikan penjelasan mengenai sejarah Anatolia dengan nilai sejagatnya yang luar biasa adalah titik pertembungan penting antara Timur dan Barat.

Penempatan di tapak Gordion menyimpan bukti dari Zaman Gangsa Awal (sekitar 2500 SM), di kawasan bukit berhampiran Yassıhöyük yang terletak bersebelahan dengan tapak tersebut. 

Penempatan manusia yang tidak terganggu di dalam dan sekitar bandar purba selama 4,500 tahun itu menjadikan Gordion antara kawasan jarang ditemui di dunia yang dikenali sebagai sejarah penempatan berterusan yang paling lama. 

Tarikan tapak berkenaan yang membabitkan pelbagai tamadun disebabkan beberapa faktor. Ini termasuk kedudukannya yang strategik di sepanjang laluan perdagangan penting di seluruh Anatolia, bekalan air yang mencukupi dari Sungai Sangarios (kini dikenali sebagai Sakarya) dan tanah subur meluas yang sesuai untuk pertanian.

Sekilas Tentang Sejarah Gordion 

Gordion paling dikenali sebagai ibu kota politik dan budaya Frigia yang membangun dengan keruntuhan Empayar Hittite pada abad ke-12 SM.  Justeru, ia adalah tapak penting untuk mendapatkan gambaran mengenai tamadun ini. 

Tapak arkeologi Gordion.
Tapak arkeologi Gordion.

Masyarakat Frigia mendiami wilayah yang luas di tanah Anatolia yang ketika ini terdiri daripada Ankara, Afyonkarahisar, Eskişehir dan Kütahya. Lembah Frigia adalah landskap luas yang berbeza berbanding kawasan seumpamanya yang lain di dunia, dengan serpihan batu dan runtuhan purba yang memiliki jejak tamadun masyarakat Frigia. 

Menerusi Laluan Frigia, pengunjung kini boleh menjejaki tinggalan masyarakat Frigia di tanah air mereka yang bersejarah. 

Struktur monumental zaman Frigia meninggalkan kesan yang paling penting pada landskap di Gordion. Bangunan kubu masyarakat Frigia Awal dan kubur golongan penguasa kota meninggalkan kesan sehingga ke hari ini, yang pada awalnya bermaksud untuk menunjukkan kuasa dan kewibawaan golongan elit Frigia. 

Tapak berkenaan dahulunya di bawah pemerintahan Raja Midas yang menurut mitologi, disumpah dengan ‘sentuhan emas’ pada zaman berkenaan. Great Tumulus atau makam Raja Midas di Gordion adalah kubur ketiga terbesar dan ruang kubur di dalamnya adalah binaan kayu tertua di dunia. 

Gordion juga dikaitkan secara langsung dengan episod Gordian Knot yang diceritakan oleh ramai ahli sejarah purba. Legenda menyatakan bahawa simpulan berkenaan dipercayai akan terungkai hanya oleh penakluk masa hadapan di Asia. Oleh itu, bukanlah satu kebetulan apabila Gordion dikunjungi oleh Alexander the Great yang cuba memotong simpulan itu dengan pedangnya. 

Tapak arkeologi Gordion
Tapak arkeologi Gordion

Meskipun kubu dan bangunan monumental yang dipelihara dengan baik di sekitar Gordion menawarkan pengembaraan sejarah Frigia yang hebat pada hari ini, Muzium Gordion di tapak itu juga mengandungi serpihan yang menakjubkan daripada penggalian berkenaan.

Ia menunjukkan paparan kronologi yang mewakili setiap zaman dengan contoh yang memiliki ciri tersendiri.

Antara artifak tersebut  adalah tembikar buatan tangan daripada Zaman Besi Awal, peralatan besi daripada zaman Frigia Awal serta tembikar dan barangan purba yang diimport. Pengunjung juga boleh melihat sampel meterai dan syiling yang ditemui di Gordion.

Berikut ada 20 tapak warisan Türkiye dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO:

1. Taman Negara Göreme dan Tapak Batu-batuan Cappadocia

2. Masjid Besar dan Hospital Divriği

3. Kawasan Bersejarah di Istanbul

4. Hattusha: Ibu Kota Hittite 

5. Nemrut Dağ

6. Hierapolis-Pamukkale

7. Xanthos-Letoon

8. Bandar Safranbolu

9. Tapak Arkeologi Troy

10. Masjid Selimiye dan Kompleks Sosial

T11. apak Neolitik Çatalhöyük

12. Bursa dan Cumalıkızık: Kelahiran Empayar Uthmaniyyah

13. Pergamon dan Landskap Budaya Pelbagai Lapisan

14. Kubu Diyarbakır dan Landskap Budaya Taman Hevsel 

15. Ephesus

16. Tapak Arkeologi Ani

17. Aphrodisias

18. Göbekli Tepe

19. Bukit Arslantepe 

20. Gordion

21. Masjid Kayu Hypostyle Zaman Pertengahan Anatolia - Getaran, 1 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Tiba Di Turkiye, Bakal Bertemu Erdogan Hari Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

Selepas 2 Tahun Ditutup, Menara Maiden, Istanbul Kini Mengalu-Alukan Kedatangan Pengunjung

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kemenangan Erdogan Buka Ruang Untuk Hubungan Bilateral Lebih Akrab Dengan Malaysia - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kehebatan Erdogan Mampu Kukuhkan Perpaduan Rakyat Turkiye - Zambry

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM