Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Nikmati Sayuran Segar Aininaz Farm Kuala Pilah Seperti Di Cameron Highlands

Usahawan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 8:00AM

Nor Aine Jamaluddin ketika berada di rumah hijau Aininaz Farm yang terletak di Jalan Sungai Dua, Kampung Kuala Dioh, baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Deretan pelbagai sayuran segar hidroponik di Aininaz Farm, di Jalan Sungai Dua, Kampung Kuala Dioh di sini, umpama anda berada di Cameron Highlands dan pengunjung pastinya berasa tenang kerana dapat menikmati kehijauan pokok di sekelilingnya.

Uniknya Aininaz Farm ini, pelanggan bukan sahaja boleh membeli sayur-sayuran segar tetapi dapat belajar mengendalikan tanaman hidroponik dengan kaedah yang bersesuaian hasil tunjuk ajar usahawan muda Nor Aine Jamaluddin, 24 tahun.

Menceburi bidang tanaman hidroponik ternyata memberi manfaat kepada siswazah lulusan Sarjana Muda Sains Ekologi Biodiversiti, Universiti Malaya itu untuk mengembangkan kemahirannya sebagai petani muda moden yang kreatif serta berdaya saing.

"Tercetusnya idea komersialkan tanaman hidroponik apabila Aininaz Farm memenangi pertandingan komuniti NS Fest tahun lepas, kemudian pegawai pertanian mendorong kami mengembangkan tanaman ini.

"Saya ambil peluang itu dan membuat permohonan geran insentif siswazah tani, kebetulan keluarga ada tanah untuk diusahakan. Geran tersebut digunakan untuk bina infrastruktur serta mengkomersialkan tanaman hidroponik ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat 1,500 jenis sayur-sayuran yang ditanam di rumah hijau berkeluasan 50x15  kaki persegi itu antaranya sawi putih, sawi bunga, sawi Cameron, kangkung, bayam dan serta salad yang kini mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Mengakui bukan mudah untuk mendapat pekerjaan pada masa kini, Nor Aine bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dari segi kewangan dan tenaga untuk merealisasikan impiannya mengusaha sayur-sayuran organik menerusi kaedah tanaman hidroponik.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata meskipun mendapat geran berjumlah RM10,000, abang dan kakaknya banyak membantunya dari segi kewangan tambahan termasuk bersama-sama membina sendiri infrastruktur tanaman dilengkapi saliran air tanpa mengupah pihak lain.

Katanya projek hidroponik dimulakan pada September tahun lepas dan benih sayuran pertama yang disemai pada 22 Oktober 2022, sudah mencecah jualan RM5,000 dalam tempoh enam bulan. 

Menurut Nor Aine, beliau memilih untuk bekerja sendiri kerana yakin dengan potensi perniagaan sayuran hidroponik yang mempunyai tawaran tinggi di pasaran serta budaya masyarakat yang memilih makanan organik untuk kekal sihat.

"Kalau diikutkan, permintaan sangat tinggi daripada restoran tetapi kami hanya mampu bekalkan mengikut jumlah yang ada sahaja, ini kerana perniagaan ini masih baharu, saya melihat potensinya besar dan akan kembangkan pada masa akan datang.

"Saya juga mahu berkongsi ilmu Ekologi Biodiversiti kepada masyarakat serta mengalakkan orang ramai bertani kerana ia sesuatu yang seronok dilakukan tanpa mengira peringkat umur," katanya yang turut berpuas hati dengan maklum balas pelanggan mengenai kesegaran sayurannya. 

Nor Aine berkata Aininaz Farm menggunakan racun serangga organik yang diformulasi sendiri iaitu berbeza dengan racun serangga kimia di pasaran kerana  ia bukan sahaja dapat menjaga tanaman malah dapat melindungi serangga daripada mati akibat diracun.

"Maksudnya, racun serangga buatan saya sendiri ini tidak membunuh serangga itu sebaliknya hanya menghalau serangga, tetapi pemantauan perlu dilakukan lebih kerap,” katanya.

Selain itu katanya, rumah hijau tersebut sedang dalam perancangan untuk dikembangkan sebagai kawasan ekopelancongan memandangkan kawasan seluas 0.4 hektar itu berpotensi sebagai tapak perkhemahan yang cantik seperti di Cameron Highlands.

"Rata-rata pengunjung yang pertama kali berkunjung di sini pasti ingat kami menanam strawberi, mungkin kawasan ini seperti di Cameron Highlands, permukaan berbukit di tanah milik keluarga saya ini juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan kerana dikelilingi pokok-pokok hutan,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Politik 8 bulan yang lalu

Politik Stabil, Malaysia Semakin Dikenali Di Pentas Dunia - PM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 4 jam yang lalu

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

Usahawan 13 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad