web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Politik Stabil, Malaysia Semakin Dikenali Di Pentas Dunia - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 8:00AM

PM ketika berucap pada Jelajah Perpaduan PMX @Pilah di pejabat PKR Kuala Pilah malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH  -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama Malaysia kini semakin baik serta dikenali di pentas dunia berikutan tatakelola dan mempunyai dasar serta kestabilan politik yang kukuh sekali gus menarik pelaburan luar.

Anwar berkata perkara itu antara lain dibuktikan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk mahu berbincang dengan beliau sendiri bagi menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat berkenaan di Cyberjaya tahun ini. 

Beliau berkata ini merupakan satu penghormatan yang amat besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi MADANI, yang diamalkan oleh negara selain kepimpinan telus Kerajaan Perpaduan. 

“Politik stabil untuk apa, saya tegaskan untuk bangunkan ekonomi dan tarik pelabur, dulu pelabur tak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia, sekarang minggu lepas sahaja Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, dah 49 tahun beliau tak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan di sini malam tadi.

 Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri Jelajah Perpaduan PMX @Pilah di pejabat PKR Kuala Pilah - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri Jelajah Perpaduan PMX @Pilah di pejabat PKR Kuala Pilah - gambar BERNAMA

Perdana Menteri berkata Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, yang dijadual mengadakan lawatan negara Khamis ini bagi membincangkan peluang pelaburan, turut menzahirkan azam baginda untuk meningkatkan lagi hubungan Brunei dan Malaysia ke tahap paling baik dalam sejarah.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengecam tindakan individu tertentu menggunakan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disunting bagi tujuan politik dan berkata beliau tidak akan bersimpati dengan mana-mana pihak yang tidak menghormati institusi diraja. 

"Kita ada Perlembagaan (yang) kita patuh, jangan buat pasal... saya tidak simpati pada orang yang cuba mengingkari kuasa raja-raja," katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut memaklumkan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan gaji dan pencen penjawat awam minggu depan. 

Menuriut KSN, pelarasan gaji dan pencen mungkin mengambil masa minum enam bulan - gambar fail
Menuriut KSN, pelarasan gaji dan pencen mungkin mengambil masa minum enam bulan - gambar fail

"Tetapi menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, ia akan ambil masa mungkin enam bulan paling minimum, lambat sikit jadi sementara itu, bagilah (sedikit imbuhan) kepada mereka, sebab itu saya luluskan sementara RM300 untuk penjawat awam yang gaji kurang daripada RM100,000 setahun, campur RM100 pemberian e-dompet, jadi RM400.

"Yang pencen dapat RM200 campur RM100, jadi RM300 termasuk veteran tentera yang tidak berpencen pun kita bagi RM200… tapi ini hanyalah langkah sementara kita buat dalam keadaan kekangan wang yang ada,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad