web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 12:36PM

Anggota penyelamat membawa mayat mangsa tanah runtuh untuk urusan selanjutnya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat sini berjaya dikeluarkan pada jam 11.05 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat lelaki warga Myanmar itu diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa di kawasan runtuhan masih diteruskan.

"Kawasan agak berbahaya, buat masa ini, kita tidak benarkan pihak media masuk sehingga keadaan selamat," katanya dan menambah kesemua mangsa adalah pekerja asing.

Dalam kejadian pada jam 2.51 pagi tadi, seorang lelaki maut, manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands mengesahkan kesemua lima mangsa adalah warga Myanmar berusia antara 25 hingga 56 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Penipuan Pekerjaan: 25 Rakyat Malaysia Dihantar Pulang Selepas Diselamatkan Di Myanmar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar