web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan Pekerjaan: 25 Rakyat Malaysia Dihantar Pulang Selepas Diselamatkan Di Myanmar

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2025 4:56PM

Gambar Royal Thai Army

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dibawa pulang melalui Mae Sot, Wilayah Tak, utara Thailand. 

Kuasa Usaha Malaysia ke Myanmar, Johan Ariff Abdul Razak memaklumkan bahawa kesemua mangsa diserahkan oleh pihak berkuasa Myanmar kepada Kedutaan Malaysia melalui pihak berkuasa Thailand sekitar 10 pagi.

"Seramai 23 lelaki dan dua wanita berusia antara 21 hingga 47 tahun, telah dipindahkan melalui jalan darat dan dijangka tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam esok (12 Mac)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, kumpulan itu bertolak dari Mae Sot sekitar 2 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun, Johan yang turut membantu Kedutaan Malaysia di Thailand dalam pengesahan identiti mangsa memaklumkan, seorang rakyat Malaysia yang memasuki Myanmar secara sah akan pulang secara berasingan.

"Pihak berkuasa Myanmar memaklumkan bahawa seorang daripada mereka memasuki negara itu secara sah.

"Oleh itu, pengaturan khas mengikut undang-undang akan dibuat bagi penghantaran pulangnya ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata, pegawai kedutaan di Bangkok telah membantu semua mangsa menghubungi keluarga mereka di Malaysia serta mengeluarkan dokumen perjalanan sementara.

Pegawai kedutaan di Bangkok juga akan menemani kesemua mangsa sepanjang perjalanan dari Wilayah Tak ke Bukit Kayu Hitam, yang dijangka mengambil masa lebih 20 jam, katanya.

Pada 6 Mac lalu, Kementerian Luar Thailand mengumumkan rancangan untuk membawa pulang 1,500 orang yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar setiap minggu.

Bulan lalu, seramai 15 rakyat Malaysia adalah antara 260 warga asing yang diselamatkan daripada sindiket pusat panggilan di Myawaddy, Myanmar.

Mereka berjaya dibawa pulang ke Malaysia pada 24 Februari dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad