web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Stimbot Enak Tanpa Pembaziran Di Cameron Highland

Jika saat ini anda berada di Cameron Highland atau mahu ke sana dalam waktu terdekat, bolehlah ke Glory 78 Steamboat & Snack Corner yang terletak di Tanah Rata.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Feb 2023 4:10PM

Glory 78 Steamboat & Snack Corner adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang gemar menikmati stimbot, tetapi tidak mampu makan banyak - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cameron Highland merupakan destinasi percutian yang tidak pernah dipandang sepi memandangkan ia menjanjikan cuaca segar dan dingin, serta pemandangan hijau yang mengundang sebuah kedamaian.

Biarpun kesesakan lalu lintas cukup menjengkelkan pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah, namun pengunjung tetap mahu ke sini. Selain melawat pelbagai tarikan menarik yang ada di sana, ramai juga yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati hidangan kegemaran. 

Salah satu hidangan yang ‘wajib’ dicuba ialah stimbot. Hidangan ini cukup sempurna dinikmati dalam cuaca sejuk terutamanya untuk makan malam. Setiap hirupan sup terasa begitu mengasyikkan, lebih-lebih lagi jika sup pilihan kena dengan selera.

Jadi, jika ketika ini anda berada di Cameron Highland atau mahu ke sana dalam waktu terdekat, bolehlah ke Glory 78 Steamboat & Snack Corner yang terletak di Tanah Rata, bersebelahan dengan Hotel De'La Ferns.

Restoran dan juga kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata ini menyediakan hidangan stimbot yang tidak kalah kelazatannya berbanding dengan yang lain (yang lebih popular) - Gambar oleh Rahayu MN
Restoran dan juga kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata ini menyediakan hidangan stimbot yang tidak kalah kelazatannya berbanding dengan yang lain (yang lebih popular) - Gambar oleh Rahayu MN

Restoran dan juga kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata ini menyediakan hidangan stimbot yang tidak kalah kelazatannya berbanding dengan yang lain (yang lebih popular). 

Bahkan, ia adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang gemar menikmati stimbot, tetapi tidak mampu makan banyak. Ini kerana stimbot di sini bukanlah disediakan secara bufet, tetapi dihidangkan di atas meja mengikut pilihan set yang pelanggan mahukan. 

Harganya juga tidak terlalu membebankan, dan yang paling penting tiada pembaziran makanan berlaku. Konsepnya makan sampai kenyang, bukan makan sehingga memudaratkan. 

Jika mahu menikmati Stimbot di Glory 78 Steamboat & Snack Corner ini, syaratnya ialah kena buat pesanan minimum untuk dua orang dan harga yang dikenakan ialah RM33 untuk setiap seorang. 

Jika mahu menikmati Stimbot di Glory 78 Steamboat & Snack Corner ini, syaratnya ialah kena buat pesanan minimum untuk dua orang dan harga yang dikenakan ialah RM33 untuk setiap seorang - Gambar oleh Rahayu MN
Jika mahu menikmati Stimbot di Glory 78 Steamboat & Snack Corner ini, syaratnya ialah kena buat pesanan minimum untuk dua orang dan harga yang dikenakan ialah RM33 untuk setiap seorang - Gambar oleh Rahayu MN

Setiap set mempunyai pelbagai makanan segar termasuk ayam, makanan laut dan sayuran hijau. Jika masih tidak kenyang, silalah pesan secara ala-carte. Pilih makanan yang menjadi kegemaran. Jadi tidaklah ia dibiarkan begitu sahaja di atas meja. 

Boleh pilih sup tomyam atau ayam atau minta kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, penulis ingin mencadangkan sup tomyam kepada anda. Sebab apa? Sebab ia bukanlah sup cair yang dihasilkan daripada kiub atau pati tomyam segera. Sebaliknya ia dihasilkan oleh pihak restoran sendiri mengikut resipi istimewa pemilik restoran ini, Datuk Kanatazan yang berpengalaman puluhan tahun dalam penyediaan stimbot.

Datuk Kanatazan - Gambar oleh Rahayu MN
Datuk Kanatazan - Gambar oleh Rahayu MN

“Saya lebih suka sediakan set stimbot berbanding bufet. Alasannya adalah kerana saya tidak mahu berlaku pembaziran makanan. Kenyataan, restoran yang menggunakan konsep ‘all you can eat’ ini pasti akan berhadapan dengan lebihan makanan yang bukan sedikit. 

“Pelanggan juga akan mengambil makanan di kaunter lebih daripada yang mampu dimakan, dan akhirnya terbiar begitu sahaja di atas meja. Saya tidak mahu ini berlaku.”

Restoran yang dibuka sehingga lewat malam ini turut mempunyai sijil pengesahan halal daripada pihak berwajib - Gambar oleh Rahayu MN
Restoran yang dibuka sehingga lewat malam ini turut mempunyai sijil pengesahan halal daripada pihak berwajib - Gambar oleh Rahayu MN

“Di sini pelanggan boleh menikmati stimbot dalam kuantiti yang ‘cukup-cukup’. Kalau masih lapar, boleh tambah dengan pesan secara ala-carte. Ini kerana kami tidak caj untuk penambahan sup. 

“Selain itu, satu lagi kelebihan menjamu selera di sini ialah, pelanggan boleh memesan masakan panas yang lain. Kami turut sediakan hidangan lain seperti nasi ayam, nasi goreng, pasta, chicken chop dan hidangan kegemaran ramai, nasi beriani buluh,” ujar Datuk Kanatazan.

Selain itu, satu lagi kelebihan menjamu selera di sini ialah, pelanggan boleh memesan masakan panas yang lain, seperti nasi beriani buluh - Gambar Facebook Glory 78 Steamboat & Snack Corner
Selain itu, satu lagi kelebihan menjamu selera di sini ialah, pelanggan boleh memesan masakan panas yang lain, seperti nasi beriani buluh - Gambar Facebook Glory 78 Steamboat & Snack Corner

Restoran yang dibuka sehingga lewat malam ini turut mempunyai sijil pengesahan halal daripada pihak berwajib. Ini bermakna anda boleh menjamu selera di sini tanpa ragu-ragu. Tempahan meja hanya diterima dari Isnin hingga Khamis. Selain hari-hari itu, anda perlu datang terus ke kedai.

Jadi tunggu apa lagi? Jom cuti dan makan-makan! - Getaran, 4 Februari 2023

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan