web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

Restoran ini menampilkan resepi warisan berusia lebih 50 tahun

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 8:31AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira buat pencinta makanan di luar sana, khususnya peminat mi sup daging. Restoran popular Tangkak Beef Noodle House yang menawarkan resepi warisan berusia hampir 50 tahun itu kini dibuka di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Beef Dry Noodle
Beef Dry Noodle

Lebih membanggakan, jenama itu telah mengambil satu lagi langkah besar dalam pengembangan perniagaannya apabila disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Bercakap kepada pihak media, Pengarah Tangkak Beef Noodle House, Au Ai Leen berkata, pihaknya sangat teruja untuk meneruskan legasi perniagaan itu di Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi ia kini boleh dinikmati oleh komuniti halal.

“Kami sangat teruja untuk meneruskan hidangan legasi kami yang dilahirkan di Tangkak kepada lebih ramai pelanggan di Kuala Lumpur. Resipi kami adalah kebanggaan kami. 

“Setiap hari, kami mengambil masa yang lama untuk memasak hidangan agar mencapai rasa yang sempurna dan menyerlahkan keasliannya. Kami berharap agar lebih ramai akan menyokong Tangkak Beef Noodle House memandangkan kini ia berstatus halal,” ujar Ai Leen.

Sup campuran yang mengandungi pelbagai bahagian daging
Sup campuran yang mengandungi pelbagai bahagian daging

Bagi yang belum pernah menjamu selera di mana-mana cawangan restoran ini, Tangkak Beef Noodle House menawarkan menu yang pelbagai, di mana ia menampilkan daging lembu dari Hereford Australia yang telah diternak dengan standard kebajikan haiwan tertinggi. 

Sup campuran mereka membolehkan pelanggan menikmati pelbagai hidangan mi dengan pelbagai pilihan bahagian lembu, termasuklah potongan daging, perut, dan tendon. 

Sebelum mencapai kejayaan seperti hari ini, jenama restoran ini bermula dengan gerai mi sup daging yang ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Au Ah Kuang di pekan kecil Tangkak, Johor. 

Sup daging dan perut
Sup daging dan perut

Ketika itu, ia dinamakan sebagai Restoran Kuang Fei sebagai penghormatan kepada bapanya, pencipta asal hidangan mi sup daging ala Hainan dengan sentuhan tradisi Malaysia.

Beberapa dekad kemudian, rasa tradisional ini masih digemari ramai dan bagi melayani selera pelanggan baharu mereka yang semakin meningkat dalam komuniti halal,  Tangkak Beef Noodle House membuka cawangan pertama mereka di Lembah Klang, bertempat di Tropicana Gardens Mall pada 2023.

Majlis pelancaran di Berjaya Times Square baru- baru ini diserikan dengan ketibaan  Sultanah Hajjah Kalsom.

Pelancaran Tangkak Beef Noodle House di Berjaya Timesquare [Kiri ke kanan- Pengasas  Tangkak Beef Noodle House, Gan Chia Hee, Au Ah Kuang, Au Ai Leen, Sultanah Hajjah Kalsom, Esther Tan dan Tan Tee Ming.
Pelancaran Tangkak Beef Noodle House di Berjaya Timesquare [Kiri ke kanan- Pengasas  Tangkak Beef Noodle House, Gan Chia Hee, Au Ah Kuang, Au Ai Leen, Sultanah Hajjah Kalsom, Esther Tan dan Tan Tee Ming.

Tetamu kenamaan lain yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Tan Tee Ming, Puan Sri Esther Tan, dan Pengerusi OrphanCare, Tan Sri Faizah Mohd Tahir. 

Bagi meraikan lagi majlis tersebut, Tangkak Beef Noodle House telah menyumbangkan RM10,000 kepada OrphanCare. OrphanCare adalah satu organisasi yang memberi tumpuan kepada menjaga anak yatim dan menempatkan bayi yang tidak diingini. Dana ini akan digunakan untuk memacu inisiatif ini untuk organisasi tersebut.

Dengan pembukaan cawangan di Berjaya Times Square, Tangkak Beef Noodle House menyasarkan untuk meneruskan momentum dengan menyasarkan untuk mencapai 50 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Cawangan baharu Tangkak Beef Noodle House terletak di lot LG-21 & LG-22, Level LG, Berjaya Times Square. - Getaran, 17 Mac 2024

Foto : Tangkak Beef Noodle House

Berita Berkaitan

1

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 4 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN