Sempena musim perayaan kali ini, Domino’s Pizza Malaysia memperkenalkan menu bertemakan tropika yang menggabungkan rasa manis, masam dan savori dalam satu hidangan.
Dikenali sebagai Golden Fiesta Pizza, ia diinspirasikan daripada gabungan unik nanas dalam sajian pizza, memberikan kelainan kepada hidangan berbuka puasa dan jamuan perayaan.

Keistimewaan Golden Fiesta Pizza terletak pada penggunaan ketulan nanas karamel pada bahagian kerak, memberikan sentuhan manis pada setiap gigitan.
Ia dipadankan dengan sos berinspirasikan makanan laut serta disempurnakan dengan renjisan sos barbeku nanas, menghasilkan keseimbangan rasa yang menarik antara manis, savory dan sedikit berasap.
Menu ini hadir dalam beberapa variasi, termasuk pilihan ayam panggang yang beraroma, tuna yang mengenyangkan, serta udang bagi mereka yang menggemari sentuhan makanan laut yang lebih premium.
Selain itu, pilihan kerak klasik turut tersedia untuk memenuhi citarasa yang lebih tradisional.
Bagi melengkapkan hidangan, menu ini turut disertakan dengan pencuci mulut edisi terhad iaitu Tart Keju Strawberi. Gabungan krim keju lembut, keju cair serta topping strawberi memberikan rasa manis berkrim yang sesuai dinikmati selepas hidangan utama.

Menurut wakil Domino’s, pengenalan menu seperti Golden Fiesta Pizza mencerminkan trend semasa yang mengetengahkan gabungan rasa berani dan kreatif, khususnya ketika musim perayaan yang sinonim dengan hidangan istimewa serta waktu berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.
Golden Fiesta Pizza ditawarkan untuk tempoh terhad bermula Mac 2026 dan boleh dipesan secara dalam talian (termasuk platform pesanan makanan) dan makan di premis. - Getaran, 21 Mac 2026