web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NakNak Rai Pensijilan Halal Rasmi, Buka 2 Cawangan Baharu Di NKVE & 1 Utama

Pencapaian bermakna ini diraikan dengan pemberian kentang goreng istimewa percuma untuk tempoh terhad!

Selera Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2026 6:54PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan Korea ini mengumumkan penerimaan pensijilan Halal rasminya. 

Pencapaian penting ini menandakan satu lagi detik bermakna dalam perjalanan NakNak, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan terhadap keterangkuman dan keyakinan pelanggan, tanpa menjejaskan kualiti, rasa dan identiti ceria yang sinonim dengannya.

Pada Oktober 2025, dapur pusat NakNak telah menerima pengiktirafan Halal selepas melalui proses audit menyeluruh yang merangkumi sumber bahan mentah, kaedah penyediaan serta amalan operasi. 

Dapur pusat ini membekalkan bahan utama seperti sos, patty dan perencah ke semua cawangan, dengan setiap bahan diperoleh daripada pembekal yang diiktiraf Halal. 

Langkah ini sekali gus mengukuhkan komitmen NakNak dalam memastikan pematuhan piawaian Halal di seluruh rangkaian operasinya.

Dalam masa yang sama, NakNak terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi mendapatkan pensijilan Halal untuk setiap cawangan secara berperingkat, sejajar dengan perkembangan yang semakin meluas.

Pengumuman ini turut diserikan dengan pembukaan dua cawangan baharu di Petronas NKVE Damansara dan 1 Utama Shopping Centre, menjadikan NakNak lebih dekat dengan pelanggan yang menjalani gaya hidup aktif dan sibuk.

Sama ada untuk santapan ringkas ketika dalam perjalanan atau menikmati hidangan santai bersama keluarga dan rakan-rakan, NakNak terus berkembang dengan matlamat untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua.

Bagi meraikan detik istimewa ini, NakNak menawarkan kentang goreng istimewa percuma di semua cawangan, dengan pilihan rasa berbeza setiap hari:

  • Isnin (9 Februari) – Loaded Cheese Fries
  • Selasa (10 Februari) – Loaded Mushroom Fries
  • Rabu (11 Februari) – Loaded Bulgogi Beef Fries
  • Khamis (12 Februari) – Loaded Bulgogi Chicken Fries

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM35 dalam satu resit, membuat pesanan di kaunter dan mengikuti akaun Instagram @naknakmy untuk menikmati tawaran ini.

Seiring dengan misinya menyebarkan kegembiraan melalui sajian makanan selesa berinspirasikan Korea, NakNak komited menyajikan hidangan segar dan berkualiti yang sesuai untuk dinikmati dan dikongsi bersama. 

Daripada Ayam Goreng Korea yang rangup, burger daging premium 100 peratus, kentang goreng pelbagai pilihan hinggalah biskut buatan tangan, setiap menu menawarkan cita rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia, dengan sentuhan Korea yang unik dan menyeronokkan. - Getaran, 4 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?