web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

Pengguna boleh menikmati minuman premix 3-dalam-1 Tealive dalam tiga pilihan siri minuman iaitu teh susu, kopi dan coklat

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2026 12:49PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, memperkukuh kehadirannya dalam segmen barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) menerusi pelancaran rangkaian minuman pracampur atau premix 3-dalam-1 di Jaya Grocer, rangkaian pasar raya mass-premium terkemuka. 

Langkah ini membolehkan pengguna menikmati minuman ala kafe Tealive di rumah dengan lebih mudah.

Majlis pelancarannya berlangsung pada 13 Februari lalu di Jaya Grocer Sunway Pyramid, diikuti aktiviti promosi sehingga 15 Februari. Inisiatif ini merupakan sebahagian strategi Tealive untuk memanfaatkan pertumbuhan segmen minuman premix yang semakin popular dalam kalangan pengguna yang mahu menikmati minuman berkualiti di rumah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo, berkata langkah tersebut selari dengan peningkatan permintaan terhadap minuman yang boleh disediakan sendiri di rumah.

“Kerjasama kami dengan Jaya Grocer telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Tealive sejak tahun Covid, apabila kami memperkenalkan DIY Bubble Tea Kit yang membolehkan pengguna menikmati Tealive di rumah. Pelancaran rangkaian premix 3-dalam-1 ini merupakan satu lagi langkah penting dalam menjadikan Tealive lebih dekat dengan rutin harian pengguna,” kata beliau.

Menurutnya lagi, peluasan ke saluran runcit membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran mereka pada bila-bila masa serta memperkukuh usaha Tealive menjadi jenama minuman gaya hidup yang lebih dekat dengan kehidupan harian rakyat Malaysia.

“Kolaborasi ini membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran mereka pada bila-bila masa, sekaligus memperkukuh komitmen Tealive untuk menawarkan minuman ala kafe dalam bentuk yang lebih mudah didapati,” tambah beliau lagi.

Rangkaian premix Tealive ditawarkan dalam tiga siri minuman utama iaitu teh susu, kopi dan coklat. Siri teh susu merangkumi Signature Milk Tea, Gula Melaka Teh Tarik dan Milk Tea Matcha. Siri kopi pula menampilkan Signature Coffee, Coffee Hazelnut dan Caramel Macchiato, manakala siri coklat termasuk Signature Chocolate, Chocolate Hazelnut dan Salted Dark Chocolate. Rasa gula perang yang sinonim dengan Tealive turut ditawarkan dalam beberapa varian premix.

Jaya Grocer juga menjadi rangkaian pasar raya pertama yang menawarkan 3+1 Fun Packs Tealive dengan pelbagai pilihan minuman dalam satu pek, sesuai untuk keluarga atau pejabat. 

Selain itu, Festive Joy Box edisi terhad turut diperkenalkan sempena musim perayaan, lengkap dengan tumbler premium percuma daripada enam rekaan eksklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, berkata kerjasama tersebut selari dengan usaha rangkaian pasar raya itu menyokong jenama tempatan dan memperluas pilihan produk kepada pengguna.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Tealive bagi membawa rangkaian premix popular mereka kepada pelanggan kami. Dengan menyediakan platform runcit yang diyakini kepada rakan niaga tempatan seperti Tealive, kami membantu mereka mencapai lebih ramai pengguna sambil terus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami,” katanya.

Penyertaan Tealive dalam saluran perdagangan moden ini menyokong strategi jangka panjang syarikat untuk memperluas kehadiran jenama merentasi pelbagai platform jualan, selain lebih 1,000 cawangan sedia ada di Malaysia dan peringkat serantau. 

Langkah ini juga mencerminkan perubahan corak perbelanjaan pengguna yang semakin mengutamakan kemudahan serta akses kepada minuman berkualiti yang boleh dinikmati di rumah. - Getaran, 17 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

4

Selera 4 bulan yang lalu

NakNak Rai Pensijilan Halal Rasmi, Buka 2 Cawangan Baharu Di NKVE & 1 Utama

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi