web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Hilang Di Pantai Batu Buruk Ditemukan Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:43PM

Anggota Bomba dan Penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) Zulkarnain Mohamed Zubir sebelum ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Selepas pencarian selama 30 jam, seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Batu Buruk semalam, akhirnya ditemukan lemas berhampiran Pulau Gemia, Marang petang ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, mayat Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemukan terapung oleh nelayan pada jam 4 petang tadi, 16 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa naik oleh anggota bomba ke Jeti Marang kira-kira 5.15 petang.

"Kita menerima laporan orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki berseluar pendek hitam, terapung di kawasan berhampiran Pulau Gemia.

"Pasukan bomba, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di lokasi penemuan pada jam 4.34 petang dan mayat mangsa terus dibawa ke Jeti Marang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Muhammad Basri berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi, selepas proses pengecaman dilakukan oleh isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44 tahun.

Terdahulu, Zulkarnain dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya, di Pantai Batu Buruk, pagi semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

TARA 2 tahun yang lalu

Jejaki 3 Pantai Menawan Apabila Sampai Di Miri, Sarawak

3

TARA 3 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Remaja Hilang Di Pantai Cempaka Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 51 minit yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad