Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

Jika tertinggal kaca mata hitam, boleh merosak mood percutian ke pantai. Jom ambil tip untuk panduan membeli kaca mata hitam yang baharu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Apr 2023 12:05PM

Selain untuk nampak bergaya apabila bergambar nanti, kaca mata hitam berfungsi untuk melindungi mata daripada teriknya mentari - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selamat tinggal musim tengkujuh, dan kita kini sudah mengucapkan hello kepada musim kering dan panas. Ini bermakna musim percutian ke pantai telah pun bermula. Kebanyakan pulau-pulau di seluruh negara telah pun membuka pintu kepada pengunjung semenjak Mac lalu.

Bagi sesetengah orang, percutian ke pantai tidak akan pernah mengundang bosan. Sebaliknya, deruan ombak yang menghempas pantai dan laut yang saujana mata memandang memberikan rasa tenang dan damai.  

Setiap kali merancang percutian ke pantai, apakah kelengkapan yang sama sekali tidak boleh tertinggal di rumah? Bagi penulis, kaca mata hitam itu wajib ada. Jika tiada, serba tak kena dibuatnya. 

Selain untuk nampak bergaya apabila bergambar nanti, kaca mata hitam berfungsi untuk melindungi mata daripada teriknya mentari. Masakan mampu merenung laut di siang hari tanpa aksesori fesyen yang satu ini.

Kalau bercadang untuk dapatkan sepasang kaca mata hitam yang baru, jom baca tip berikut untuk memilih kaca mata hitam yang sesuai ke pantai.

Hindari kaca mata yang lutsinar atau cerah apabila ke pantai - Gambar hiasan Unsplash
Hindari kaca mata yang lutsinar atau cerah apabila ke pantai - Gambar hiasan Unsplash

 

1. Kenali bentuk wajah

Jika perkara paling asas untuk memilih bingkai kaca mata. Jika tersalah pilih, penampilan anda tidak sempurna. Setiap bentuk wajah punya kesesuaian bingkai yang berbeza. Wajah berbentuk bujur boleh memakai segala jenis reka bentuk.

Sementara jika memiliki wajah yang bulat, hindari pemakaian kaca mata berpotongan bulat dan gunakan bentuk petak. Bagi yang memiliki bentuk wajah yang bersegi pula, pilihlah bingkai yang berbentuk bulat atau cat eyes

 

2. Keadaan kesihatan mata  

Minta nasihat optometris atau penasihat jualan tentang perkara ini. Mereka yang tidak mempunyai masalah rabun jauh atau dekat sudah pasti tidak punya masalah untuk menggunakan kaca mata hitam yang dibeli. 

Namun, mereka yang punya masalah penglihatan, pasti memerlukan aksesori tambahan untuk memastikan pandangan mata jelas. Selalunya mereka yang rabun jauh, mereka lebih senang memakai kanta lekap terlebih dahulu supaya mudah menggayakan kaca hitam pada bila-bila masa.

Bagi yang ada masalah rabun dekat, mungkin anda boleh memasang clip-on lenses yang dipasang di atas kaca mata harian anda. Selain itu, boleh juga memilih kaca mata yang berubah gelap apabila berada di bawah sinaran mentari. 

Wajah berbentuk bujur boleh memakai segala jenis reka bentuk kaca mata - Gambar hiasan Unsplash
Wajah berbentuk bujur boleh memakai segala jenis reka bentuk kaca mata - Gambar hiasan Unsplash

 

3. Kaca mata hitam polarized

Ada sebabnya mengapa kaca mata jenis ini berharga lebih mahal daripada yang biasa. Ini kerana kaca mata dengan polarizing filter boleh memberikan penglihatan yang selesa. Fungsi penapis ini adalah untuk menghilangkan silau atau pantulan cahaya. Jadi, dengan kaca mata polarized, bolehlah menikmati pemandangan pantai yang indah tanpa terkenyit-kenyit mata.   

 

4. Warna lensa

Walaupun kita memanggil aksesori fesyen ini kaca mata hitam, namun hakikatnya ada banyak warna lensa yang tersedia di pasaran, dan kita tidak pula memanggilnya kaca mata hijau, merah, biru, oren dan sebagainya. 

Tip untuk membuat pilihan ialah, semakin gelap warna lensa kaca mata, maka akan semakin sedikit juga cahaya yang masuk ke dalam mata. Jadi, hindari kaca mata yang lutsinar atau cerah apabila ke pantai. Pilihlah yang mempunyai anti sinar ultra violet (UV) yang tinggi. 

Berikut adalah beberapa pilihan kaca mata hitam terkini untuk kempen musim bunga dan panas yang boleh dijadikan pilihan untuk percutian pantai idaman anda. Selain selamat untuk mata, ia juga pasti membuatkan penampilan anda semakin bergaya.

 Mereka yang tidak mempunyai masalah rabun jauh atau dekat sudah pasti tidak punya masalah untuk menggunakan kaca mata hitam yang dibeli - Gambar hiasan Unsplash
Mereka yang tidak mempunyai masalah rabun jauh atau dekat sudah pasti tidak punya masalah untuk menggunakan kaca mata hitam yang dibeli - Gambar hiasan Unsplash

 

BOSS

Kaca mata hitam empat segi lelaki ini dihasilkan dengan menggunakan bahan mesra alam, dengan kanta diperbuat daripada nilon berasaskan bio atau bahan kitar semula. Bingkai ringan ini juga sesuai untuk kanta oftalmik bergraduat, lengkap dengan tandatangan BOSS ikonik.

Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com

 

Carolina Herrera

Koleksi musim bunga dan panas 2023 daripada jenama ini dicipta untuk wanita berkeyakinan, berkuasa yang mencerminkan intipati jenama ini sendiri. 

Untuk penampilan lebih glamour, ia turut dihiasi dengan kristal Swarovski. Untuk anda yang gemar dengan rekaan moden dan sederhana, terdapat rekaan menampilkan corak jalur ikonik yang menghiasi bahagian atas lensa.

Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com

 

Carrera

Untuk gaya yang lebih sporty dan aktif, koleksi terbaharu daripada Carrera ini boleh digayakan oleh lelaki mahupun wanita. Terdapat pelbagai pilihan bingkai dan warna lensa. 

Kaca mata hitam Carrera sentiasa berada di barisan hadapan dalam fesyen. Ini kerana setiap bingkai Carrera dan butiran rumitnya telah dibuat khas untuk memastikan setiap pasang kaca matanya adalah masterpiece.

Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com

 

David Beckham

Diilhamkan oleh selebriti idola ramai, David Beckham, koleksi ini didedikasikan untuk mereka yang yang gemarkan rekaan klasik dengan cita rasa antarabangsa. Setiap rekaan mementingkan kemasan berkualiti tinggi dan praktikal. 

Kaca mata daripada jenama ini menjanjikan penglihatan yang jelas dan ada di antaranya lensanya adalah polarized. Sesuai digayakan oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. 

Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com

 

Levi’s

Kaca mata hitam Levi's® menampilkan pelbagai model yang berfungsi lagi bergaya, membangkitkan tarikan gaya hidup California dan mendapat inspirasi daripada rona koleksi denim Levi’s®. Hadir dalam kombinasi warna hangat yang pastinya memikat setiap mata memandang. 

Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com
Gambar www.safilogroup.com

Jadi, yang mana satu menjadi pilihan hati? Kesemua jenama di atas dibawakan oleh Safilo Group, peneraju dalam reka bentuk, pembuatan dan pengedaran daripada kata mata hitam dan bingkai optikal. - Getaran, 8 April 2023 


 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Hilang Di Pantai Batu Buruk Ditemukan Lemas

3

Gaya 5 bulan yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

4

TARA 6 bulan yang lalu

Mengurus Belanja Dapur: 5 Tip Mendapat Lebih Untuk Wang Anda

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan