web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

Kolaborasi itu menyerlahkan gabungan sempurna antara ‘glamor’ dengan nikmat kemewahan, selaras dengan semangat aiskrim Magnum.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2024 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama aiskrim terkenal, Magnum meraikan kerjasama sulungnya bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menampilkan hasil karya daripada dua jenama tempatan,  SHALS dan Tact, yang berinspirasikan kelazatan aiskrim Magnum, sekali gus menyatukan kenikmatan dengan fesyen secara sempurna.

Penampilan sulung Magnum di pentas peragaan melambangkan sambutan kreativiti, keanggunan dan pencarian kenikmatan sebenar. Kolaborasi dengan pereka tempatan SHALS dan Tact menyerlahkan gabungan sempurna antara ‘glamor’ dengan nikmat kemewahan, selaras dengan semangat aiskrim Magnum untuk mencipta pengalaman terunggul.

“Di Magnum, kami sentiasa menyampaikan pengalaman sensasi yang memecah sempadan untuk menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja untuk membawa kerjasama sulung bersama KLFW ini kepada pencari kenikmatan di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dengan fesyen ini adalah penyatuan sempurna antara kenikmatan dan gaya,” ujar Pengurus Jenama Ais Krim Magnum Malaysia, Leow Chi Shen.

Pengasas jenama yang terkenal dengan rekaan selesa, anggun dan bergaya, SHALS, Shalma Ainaa, menyifatkan kolaborasi dengan Magnum adalah sebuah perjalanan semangat dan inovasi.

“Penerapan semangat Magnum ke dalam fesyen adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan, kerana ia mendorong kami untuk meneroka dimensi baharu yang mengangkat gaya dan kenikmatan,” ujar Ainaa.

Pengasas Tact, Ridduan Ttfga Ismail yang terkenal dengan pendekatan minimalis turut berkongsi sentimen yang sama.

“Dedikasi Magnum terhadap kenikmatan adalah sejajar dengan falsafah rekaan kami. Jadi, saya amat berbesar hati untuk menterjemahkan semangat kembara jenama itu kepada fesyen,” ujar Ridduan.

Sementara itu, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan berkata, kerjasama ini mewakili kreativiti dan kemewahan, dan beliau berbangga untuk mempersembahkan inovasi terunggul ini dalam semangat fesyen dan kenikmatan.

“Kami di KLFW sentiasa meraikan kreativiti dan kesenian.

“Kini, kami teruja untuk menyampaikan pengalaman deria yang unik dan serasi dengan penonton kami, dengan menggabungkan dunia fesyen dengan nikmat kemewahan,” kata Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan.

Kolaborasi dengan KLFW juga melambangkan satu pencapaian penting untuk Magnum kerana ia bukan hanya menegaskan komitmen jenama itu terhadap pengalaman premium dan kualiti, tetapi juga dedikasi berterusan untuk menginspirasikan kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, disemarakkan lagi oleh semangat ‘True to Pleasure’.

Bagi memeriahkan lagi acara itu, Magnum telah memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Dengan menyatukan tekstur yogurt yang lemak berkrim dengan kemanisan tropika mangga, ia menawarkan pengalaman mewah yang mengujakan. – Getaran, 3 Ogos, 2024

Foto : Magnum

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

3

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

oleh Rahayu MN