web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

MOCCONA menyokong pereka fesyen tempatan dengan kolaborasi eksklusif bersama Fuzana Mokhtaza.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2024 1:59PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOCCONA kembali untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai penaja kopi rasmi untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW24), menggabungkan pencinta kopi dan fesyen bermula 29 Julai lalu hingga 4 Ogos hadapan.

Menurut Pengurus Besar, JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA, Fiona Tan, KLFW dan MOCCONA kedua-duanya mahu meraikan keunikan cita rasa, kepelbagaian gaya dan pilihan setiap individu.

“Kerjasama MOCCONA dengan KLFW mempamerkan dedikasi kami untuk menghargai detik-detik kecil dan meraikan keindahan dalam kehidupan harian,” ujar Pengurus Besar, JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA, Fiona Tan.

Untuk penampilan kali ini, MOCCONA akan berkolaborasi dengan pereka tempatan, Fuzana Mokhtaza yang akan mempersembahkan koleksi rekaan busana terbaharu pada 1 Ogos ini.
 

Dikenali dengan rekaan busana pengantin yang menampilkan gaya romantik dan feminin, Fuzana Mokhtaza mengutamakan keanggunan abadi dan elegan dengan menggabungkan unsur tradisional dan estetika moden.

Gabungan harmonis antara dua elemen yang berbeza dalam ciptaan Fuzana Mokhtaza mencerminkan intipati MOCCONA yang menawarkan keenakan asli dengan daya tarikan moden.

Kerjasama ini membuktikan dedikasi kedua-dua pihak terhadap keanggunan abadi dan keutamaan mereka untuk menyempurnakan lagi pengalaman para tetamu di KLFW24.

“MOCCONA teruja untuk menyokong pereka tempatan Fuzana Mokhtaza dalam penampilan sulungnya di acara berprestij ini. Fesyen seperti kopi, ia adalah salah satu bentuk ekspresi diri yang dapat membawa kebahagiaan yang tidak ternilai.”

“Kami yakin bahawa kehadiran kami di KLFW bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman para tetamu, namun juga dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk meraikan saat-saat yang menggembirakan dalam kehidupan harian,” ujar Tan menyatakan komitmen MOCCONA untuk menyokong bakat fesyen tempatan.

Sebagai penaja rasmi kopi di sepanjang minggu KLFW 2024, MOCCONA akan memperkenalkan menu mocktail dan kopi klasik kegemaran ramai yang dibuat menggunakan pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti: Number 5 (Classic Medium Roast), Number 8 (Classic Dark Roast) dan Number 10 (Espresso Style).

Tersedia dalam varian yang pahit dan pekat serta halus dan beraroma, penggiat fesyen dan pencinta kopi berpeluang untuk menikmati kopi MOCCONA yang serasi dengan setiap pilihan yang berbeza-beza.

Bersempena dengan pelancaran kempen baharunya, ‘Cintai Dunia Ciptaan Anda’, MOCCONA berusaha untuk menyemarakkan rasa menghargai yang sering diabaikan dalam kesibukan kehidupan moden yang serba cepat.

Sejajar dengan kempen ini, MOCCONA menggalakkan orang ramai untuk menikmati saat-saat indah dalam kehidupan demi mencapai kebahagiaan. KLFW24 kali ini diadakan di Esplanade, Taman KLCC yang berlatarkan keindahan Menara Berkembar PETRONAS. – Getaran 31 Julai 2024

Foto : MOCCONA

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

oleh Rahayu MN