web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

Hasil kolaborasi bersama Onitsuka Tiger, ALVN muncul buat kali pertama pada Minggu Fesyen Milan 2023 sebagai wakil Malaysia

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 12:56PM

gambar JCPR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Alvin Chong, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tempatan dan kini pelakondan penyangi itu melangkah ke dunia fesyen menerusi ALVN.

Malah, ALVN berpeluang mengenengahkan karyanya apabila dipilih untuk mewakili Malaysia pada Minggu Fesyen Milan 2023 hasil kolaborasi dengan Onitsuka Tiger pada Februari lalu.

Selain itu, beliau turut berpeluang menyertai pertunjukan ikonik dari Coach di Minggu Fesyen New York.

Kejayaan ALVN ini bukan sekadar pencapaian peribadi Alvin Chong tetapi juga membuktikan keupayaan pereka tempatan untuk menembusi industri kreatif antarabangsa, menerusi kerjasama dengan jenama global.

 AVLN ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan 2023 bersama Onitsuka Tiger.
AVLN ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan 2023 bersama Onitsuka Tiger.

“Ia adalah impian saya untuk menghadiri Minggu Fesyen di New York dan Milan yang menjadi titik permulaan kebanyakan trend dalam industri fesyen. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan koleksi terkini dari Coach, Prada, BOSS dan Onitsuka Tiger secara langsung.

“Peluang untuk mewakili Malaysia ini bukan sahaja sesuatu yang membanggakan, malah saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk berjumpa dengan pemain utama industri fesyen dari

serata dunia,” katanya.

 ALVN pada Minggu Fesyen New York.
ALVN pada Minggu Fesyen New York.

Sementara itu, status ALVN sebagai ikon fesyen terbaru dan antara yang paling memberi impak besar di Asia Tenggara diperkukuhkan lagi apabila dia dinobatkan dengan anugerah McM

Rising Star dalam kategori Most Promising Fashion Icon 2023.

Majlis anugerah McM ini adalah anjuran McMillan Woods Global, sebuah badan antarabangsa meliputi firma bebas tempatan dan serantau terdiri daripada akauntan berkelayakan serta penasihat profesional.

Pengembaraan global ALVN ini juga membuka peluang baru untuk beliau bekerjasama dengan ahli muzik dari pelbagai negara. Terbaru, ALVN telah berkolaborasi bersama beberapa komposer Eropah, iaitu Simon Reichardt, Felix Eickhoff dan Rene Miller untuk menerbitkan onemorenight bersama penyanyi dan komposer sensasi dari Korea Selatan, YOUHA.

Kolaborasi istimewa bersama YOUHA ini telah menggemparkan Asia Tenggara, apabila berjaya menduduki tempat dalam carta New Music Friday Playlist di Spotify.

Justeru, yang pastinya ALVN mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi jenama fesyen Malaysia di persada dunia. - Getaran, 31 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN