web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

International Cultural Fashion Week yang akan berlangsung Ogos depan bakal jadi platform untuk pereka baru tempatan dan luar negara pamer kreativiti.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 2:00PM

FM Group mengambil inisiatif untuk membantu pereka-pereka muda tempatan mempamerkan bakat mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

FM Group yang diterajui oleh pereka fesyen Farel Mikhail dan Jonathan bakal menganjurkan pertandingan rekaan fesyen sempena International Cultural Fashion Week (ICFW), yang akan berlangsung di Tun Razak Exchange (TRX) pada 2 hingga 4 Ogos nanti.

Menyedari ramai pereka muda tempatan masih tercari-cari platform untuk mempamerkan bakat mereka, justeru FM Group mengambil inisiatif untuk membantu pereka-pereka muda tempatan.

"Kami sedar dan tahu ramai sebenarnya pereka muda di luar sana yang berbakat besar dan mempunyai idea di luar kotak serta kreatif.

"ICFW merupakan salah satu program di bawah acara Precious Of Malaysia yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.

"Jadi inilah peluang untuk pereka pereka baharu menonjolkan potensi yang ada demi mengejar cita-cita sebagai pereka fesyen terkenal satu hari nanti," kata Farel.

FM Group yang diterajui oleh pereka fesyen Farel Mikhail (kanan) dan Jonathan Kok.
FM Group yang diterajui oleh pereka fesyen Farel Mikhail (kanan) dan Jonathan Kok.

FM Group juga sangat menitikberatkan nilai estetika dalam rekaan yang mengetengahkan budaya Malaysia tanpa dicemari dengan ideologi yang boleh merosakkan imej busana tradisi.

“Kreativiti dan relevan mengikut trend itu bagus. Cuma nasihat saya janganlah sampai 'melacurkan' budaya kita menerusi fesyen yang anda reka.

“Maksud 'melacurkan' budaya itu adalah mereka cipta busana yang boleh mendatangkan persepsi negatif.

“Misalnya mereka baju Melayu menggunakan kain jarang, rekaan tanjak dijadikan baju seksi untuk menutup bahagian dada dan sebagainya.

“Mungkin nampak kreatif bagi sesetengah orang tapi ia seolah-oleh mencemarkan identiti Melayu," ujar Farel.

Tambah beliau, pereka fesyen seharusnya menghormati identiti pakaian kaum yang dihasilkan.

"Setiap budaya punya nilai estetika tersendiri. Kena ikut resmi itu. Apabila rekaan yang tidak mengikut etika dipersembahkan di pentas peragaan, ia dilihat seolah-olah mempersendakan budaya itu sendiri.

"Orang yang melihat pun sudah tak kenal asal usul busana yang diperagakan. Pada pendapat saya, wujudnya masalah ini disebabkan pereka fesyen  kurang cakna tentang adat istiadat budaya," jelasnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai ICFW,  Farel berkata 2024 bakal menyaksikan kelainan berbanding tahun sebelum ini kerana kali ini mereka turut membuka penyertaan dari negara-negara serantau termasuklah Indonesia, Thailand, Filipina dan India.

"Menerusi pertandingan ini kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.

"Untuk Malaysia, kami mahu ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.

"Kali ini akan menjadi sangat mencabar kerana mereka harus bersaing dengan pereka antarabangsa," ujarnya.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan termasuklah Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design dan Excellent Fashion Designer.

Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bertempat di Pavilion Damansara Heights pada 10 Ogos. Acara ini akan menghimpunkan 1001 pemakai tanjak dari seluruh Malaysia. – Getaran, 10 Julai, 2024

Foto : Helmi Anuar, PR

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

oleh Rahayu MN