web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

Menurut pengasasnya iaitu Andrew Tan, tahun ini akan menjadi antara tahun paling ikonik sepanjang penganjuran KLFW

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2024 7:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kembali lagi untuk tahun yang ke 12 dan akan berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.

Tahun Ini KLFW buat julung kalinya akan berlangsung di perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Menurut pengasasnya iaitu Andrew Tan, tahun ini akan menjadi antara yang paling ikonik sepanjang penganjuran KLFW.

"Kami amat berbangga kerana tahun ini KLFW akan dipentaskan berlatarbelakangkan menara ikonik KLCC. Sebuah khemah khas akan dibina di taman KLCC bekeluasan 12 ribu kaki persegi yang boleh memuatkan 500 tetamu jemputan.

"Buat pertama kalinya sebuah skrin besar akan dipasang di luar khemah agar orang awam dapat melihat apa yang berlaku di dalam," katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran KLFW 2024. 

Andrew Tan
Andrew Tan

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd (KLCCH), Datuk Md Shah Mahmood berkata, tahun ini amat istimewa untuk mereka kerana bakal meraikan ulangtahun ke 25 Menara Berkembar Petronas. 

"Kami amat berbangga untuk menjadi rakan bersama lokasi acara dengan pusat beli belah Suria KLCC dan semua hotel kami menjadi hotel rasmi yang menyokong KLFW yang berprestij ini. 

"Usahasama KLCCH dengan KLFW bukan sahaja menyerlahkan budaya dan tenaga ekonomi KLCC The Place tetapi juga mewujudkan persekitaran yang membolehkan bakat-bakat tempatan berkembang menerusi daya kreatif dan inovasi yang dimiliki," ujarnya.

Lebih 50 pereka fesyen tempatan bakal mementaskan koleksi ready-to-wear mereka tahun ini termasuklah Rizman Ruzaini, Fizi Woo, Alia Bastamam, Nurita Harith, Syomir Izwa dan ramai lagi.

Andrew Tan (tengah) bersama wakil penaja rasmi
Andrew Tan (tengah) bersama wakil penaja rasmi

Antara pereka atau jenama baharu yang akan membuat debut mereka di pentas KLFW tahun ini ialah Shals, Larney, Tact, Ghostboy, Corak dan pereka veteran, Fuzana Mokhtaza.

Sebuah slot baru turut diperkenal iaitu 'Fashion Forward Batik Malaysia's dimana slot ini akan menampilkan jenama-jenama tempatan yang mengangkat batik sebagai DNA rekaan mereka. 

Segmen 'Design To Sustain' pula akan memaparkan 15 finalis Pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 beserta karya mereka yang dibawakan khas oleh PEUGEOT. 

Sejak penganjuran KLFW pada tahun 2013, acara ini telah berlangsung selama 10 tahun berturut-turut di pusat beli belah Pavilion Bukit Bintang. Tahun lalu KLFW diadakan di tujuh lokasi berbeza selama tujuh hari. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang KLFW atau ikuti semua platform media sosial mereka. - Getaran, 14 Julai 2024

Foto : KLFW

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN