Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jejaki 3 Pantai Menawan Apabila Sampai Di Miri, Sarawak

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua seharusnya bangga kerana negara ini juga tidak kalah dengan keindahan alam semula jadi

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 12:59PM

Air Mata Biru di Pantai Tusan - gambar The Borneo Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bandar Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak selepas ibu negeri Kuching dan menjadi kediaman kepada sekitar 350,000 penduduk. Terletak di pantai barat laut Borneo, Miri dikenali sebagai  ‘Pekan Minyak’ kerana di sinilah lahirnya industri petroleum Malaysia apabila Royal Dutch Shell berjaya menggerudi telaga minyak pertamanya pada 1910. 

Ekonomi Miri bersandar kepada industri minyak dan gas, yang menyumbang dengan ketara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak. 

Lokasi bandar raya Miri sangat jauh dari ibu negeri Sarawak iaitu sekitar 744 kilometer, dan ia sebenarnya lebih hampir dengan negara jiran iaitu Brunei Darussalam, sekitar 81 kilometer.

Dengan kedudukannya di pinggir Laut China Selatan, tentu sekali bandar raya ini diserikan dengan beberapa pantai cantik lagi menawan.  Sempena meraikan Hari Malaysia kali ini, kami tampilkan tiga pantai menawan di Miri, Sarawak untuk pengetahuan anda. 

1. Mengejar Langit Senja Di Pantai Tanjung Lobang

Pantai Tanjung Lobang merupakan taman libur yang tertua dan masyhur di bandar ini yang terletak kira-kira 3 kilometer ke selatan pusat bandar. Pantai yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Pantai Brighton, ditukar namanya ke Tanjung Lobang sempena tebing terkenal yang merentasi Bukit Kanada dan berpuncak pada tebing yang menjulur ke laut membentuk gua, dikenali sebagai Tanjung Lobang. 

Istimewanya Pantai Tanjung Lobang, walaupun pesisir pantai kelihatan biasa sahaja, langit petangnya sarat ‘drama’. Lantas, ramai yang hadir untuk mengejar langit senja yang sentiasa menambat hati kerana keindahannya yang tiada tara. 

Panorama matahari terbenam di pantai Tanjung Lobang menghadirkan momen indah yang membawa seribu ketenangan dan mengasyikkan jiwa. Manakan tidak, pabila langit bertukar ke rona oren kemerahan, biru dan ungu buat seketika, hati bagaikan terpaku menyaksikan matahari sedang melabuhkan tirai, mengalu-alukan kedatangan langit malam yang disinari cahaya bulan. 

Taman Selera yang terletak berdekatan juga meriah dengan kunjungan keluarga dan teman-teman unttuk berlibur sambil menikmati makan malam di tepi pantai.

2. Keindahan Matahari Terbenam Di Pantai Lutong

Pantai Lutong ialah tepian pantai yang terletak kira-kira 11 kilometer dari bandar raya Miri. Lutong menjadi pusat operasi industri minyak dan gas di Miri yang dibina oleh syarikat gergasi Shell. Disebabkan hakisan teruk yang melanda pantai ini, pihak berkuasa telah memasang benteng penahan ombak sepanjang 185 kilometer. Kehadiran kayu-kayu pacak di Pantai Lutong juga menambah estetik kepada pemandangan pantai ini. 

Seperti Pantai Tanjung Lobang juga, Pantai Lutong antara spot yang bagus untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang luar biasa sambil menikmati desiran laut sebagai halwa telinga. 

Sama ada bertujuan untuk healing atau menyaksikan fenomena alam semula jadi yang memukau, pantai ini memberi ketenangan yang menjadi dambaan ramai.

Pelbagai sudut menarik boleh dirakamkan dengan kehadiran pancang-pancang kayu, kapal-kapal pesisir berhampiran pantai, serta Pokok Tapak Kuda yang menjalar menambah kehijauan kepada persisiran pantai Lutong ini. 

3. Kepala Kuda Minum Di Pantai Tusan

Terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Miri, atau lebih tepatnya di pekan nelayan Bekenu, Pantai Tusan lebih dikenali ramai. Perjalanan ke Pantai Tusan tidak sulit kerana jalannya diturap baik dan kawasan ini juga punya akses internet. 

Jadi boleh sahaja gunakan aplikasi penunjuk arah di telefon pintar jika tidak mahu tersesat jalan. Popularnya Pantai Tusan ini ialah, selain daripada menjadi lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam dan landskap pantai yang indah, ia juga meraih tumpuan ramai apabila tularnya fenomena air mata biru di pantai tersebut sekitar tahun 2015. 

Umpama filem Avatar menjadi realiti, fenomena air mata biru ini telah menarik ramai pelancong berkunjung ke pantai ini. 

Fenomena 'air mata biru' yang memukau - gambar Destinasi Percutian
Fenomena 'air mata biru' yang memukau - gambar Destinasi Percutian

Masyarakat tempatan memberi julukan nama 'air mata biru' kerana warna biru yang dihasilkan oleh alga dinoflagellate yang terdapat dengan banyaknya di tepian Pantai Tusan ini. Namun, fenomena air mata biru ini bukanlah untuk sepanjang tahun. 

Jika bertuah, ianya dapat disaksikan sekitar bulan September sehingga Disember. Selain fenomena air mata biru, Pantai Tusan juga dikunjungi kerana ‘Batu Kudanya’. Bagaimanapun batu ini telah runtuh pada Februari 2020. Tebing pantai Tusan ini agak tinggi yang memerlukan tenaga dan keberanian untuk turun ke pantainya. 

Jomlah cuti-cuti Malaysia! - Getaran, 19 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM