web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2026 3:39PM

Soliman Wan (kiri) bersama isteri, Augusta Jubik dan seorang rakan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penantian 33 tahun seorang lelaki berketurunan Kenyah dari Sarawak, yang hidup tanpa kewarganegaraan berakhir apabila beliau menerima Mykad secara rasmi pada 29 Januari lepas.

Soliman Wan, 52, yang dilahirkan di Long Banga, Miri, terpaksa memegang status pemastautin sementara atau kad pengenalan hijau sejak berusia 12 tahun berpunca daripada status kerakyatan ibu bapanya yang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Ketika menerima Mykad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, beliau mengakui seakan-akan tidak percaya selepas menghabiskan ribuan ringgit dan hampir berputus asa mencari jalan penyelesaian mengenai status kewarganegaraannya.

"Bila saya pergi ke JPN baru-baru ini, apabila saya baca surat itu, lima kali saya baca macam orang tak tahu membaca kerana berasa seolah-olah bermimpi.

"Sebelum ini, saya pernah terfikir akan meninggal dunia sebagai orang tanpa kewarganegaraan kerana sudah hilang harapan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sebuah gereja di Petaling Jaya hari ini.

Soliman yang bertugas sebagai seorang pastor di gereja itu sejak 25 tahun lepas berkata ibu bapanya tiada dokumen pengenalan diri berikutan faktor keluarga yang menetap di kawasan pedalaman, masalah pengangkutan dan kurangnya kesedaran tentang kepentingan dokumen berkenaan ketika itu.

Menyifatkan kelulusan permohonan itu sebagai satu keajaiban, Soliman merakamkan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas keprihatinan meneliti permohonannya yang mula dikemukakan kepada JPN sejak 1993 dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1998.

Mengimbas pelbagai kesukaran yang dilaluivmeskipun memiliki sijil kelahiran, beliau berkata status tanpa kewarganegaraan mengekang pergerakannya untuk keluar dari Sarawak, selain berdepan kesukaran membuka akaun bank, halangan memperbaharui lesen memandu serta syarat tidak munasabah untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Meskipun berdepan pelbagai kekangan sosial, beliau menzahirkan rasa syukur kepada Jabatan Imigresen Sarawak yang memberikan surat sokongan untuknya melanjutkan pelajaran dalam bidang biokimia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1994.

Soliman bertekad untuk membantu dan menjadi suara kepada individu tanpa kewarganegaraan yang lain, khususnya dalam kalangan komuniti pribumi Sarawak seperti Iban dan Kenyah bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri.

"Yang paling dekat adalah keluarga saya sendiri, tiga orang adik-beradik saya masih lagi tanpa kewarganegaraan dan ibu saya yang berusia 72 tahun baru saja menerima sijil lewat pendaftaran kelahiran tiga bulan lepas," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad