web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Sedia Tangki Air Di Setiap Daerah Bagi Hadapi Gangguan Bekalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 7:53PM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), akan menyediakan beberapa unit tangki air jumbo di setiap daerah, sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air mulai 10 hingga 13 Januari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter, bertujuan untuk mengisi semula air dalam tangki statik yang diletakkan di tempat awam.

Beliau berkata, PBAPP juga, menggunakan lapan tangki lori untuk dihantar ke hospital dan pusat dialisis yang terjejas di negeri itu, bagi memberi kemudahan kepada pusat terbabit sepanjang berdepan gangguan bekalan air.

"Selain PBAPP, agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga akan menggunakan lori tangki, bagi kerja penghantaran air mengikut jadual ditetapkan.

"Sebanyak 35 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di setiap daerah negeri ini, termasuk PBS Parit Buntar pula akan membantu dalam operasi ini yang mana mereka menggerakkan jentera ke lokasi yang ditentukan untuk kerja pembekalan air," katanya dalam sidang media selepas meninjau persediaan PBS Juru menghadapi gangguan bekalan air yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk supaya menyimpan air secukupnya dan tidak membuat persiapan di saat akhir.

Chow berkata, gangguan air di negeri itu, disebabkan oleh pemberhentian operasi Loji Rawatan Air Sungai Dua, yang membekalkan 85 peratus air kepada pengguna di Pulau Pinang, bagi kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1,200 milimeter (mm). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad