web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2026 4:24PM

Gambar JBPM Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pasukan bomba dan penyelamat masih bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja overhaul di lokasi kebakaran sebuah pusat hiburan di Jalan Penang di sini hari ini, susulan kejadian malam tadi yang mengorbankan seorang pekerja binaan warga Myanmar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata kerja-kerja akhir itu masih dijalankan, berikutan runtuhan struktur bumbung dan dinding konkrit yang luas sehingga menyukarkan akses anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke bahagian tengah bangunan, bagi melaksanakan kerja-kerja penyejukan.

"Keadaan runtuhan yang luas menyebabkan ruang akses terhad untuk anggota memasuki kawasan tengah premis. Selain itu, binaan dinding yang dibuat daripada bahan jenis fiber, turut menjadi faktor yang mempercepat kemerebakan api.

"Ketika ini juga masih terdapat kepulan asap di lokasi kejadian dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan sebuah premis dua tingkat berkeluasan 1,393.54 meter persegi yang dijadikan pusat hiburan dikenali sebagai Midnight Black, yang beroperasi di bangunan bekas pawagam Odeon, dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus.

Mohamad Shoki berkata sebanyak 38 anggota daripada empat balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak, Bayan Baru dan Paya Terubong, terlibat dalam operasi pemadaman selain dibantu 16 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS), manakala Pos Kawalan Bomba (PKB) turut diaktifkan di lokasi kejadian, bagi menyelaras operasi.

Beliau berkata premis pusat hiburan itu tidak beroperasi ketika kebakaran berlaku kerana sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.

Terdahulu, Mohamad Shoki memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam dan sebaik tiba di lokasi mendapati api sedang marak membakar struktur bangunan berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Boshi Sabi Ullah, berusia lingkungan 50-an dan ditemukan dalam keadaan melecur tahap satu berhampiran pintu keluar bangunan selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 11.15 malam.

Mohamad Shoki berkata mangsa dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku, sebelum cuba keluar untuk menyelamatkan diri namun gagal dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Bangunan tersebut yang pernah menempatkan Pawagam Odeon, antara pawagam paling ikonik di Pulau Pinang, pada asalnya dikenali sebagai Theatre Royal sebelum ditukar kepada King's Theatre dan kemudiannya Odeon Cinema, yang menjadi sebahagian daripada landskap hiburan negeri itu sejak awal abad ke-20.

Pada 1940, pawagam tersebut menjalani proses pemodenan besar-besaran sebelum dibuka semula sebagai Odeon Cinema dengan kemudahan tayangan, sistem bunyi dan penyaman udara yang canggih pada zamannya, namun, menamatkan operasinya pada 31 Julai 2014. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad