web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sulaiman Abdullah Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 12:31PM

Sulaiman Abdullah - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam terkenal Datuk Sulaiman Abdullah yang pernah terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi, meninggal dunia pada umur 77 tahun, semalam.

Anaknya, Huzir yang mengesahkan perkara itu menerusi pesanan WhatsApp berkata walaupun tahap kesihatan bapanya tidak menentu sejak akhir-akhir ini, pemikirannya tetap tajam, masih suka berseloroh.

“Arwah masih terus mewakili pelanggan, di samping berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan panel penasihat. Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Upacara pengebumian akan berlangsung hari ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya, pada 1.10 tengah hari, selepas solat zohor,” katanya.

Pada 2018, Sulaiman dilantik sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd yang membabikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Huzir berkata beliau akan menganjurkan majlis memperingati arwah secara dalam talian dalam beberapa minggu, yang dibuka kepada orang ramai.

“Sekiranya ada pihak dalam komuniti perundangan negara yang berhasrat menganjurkan majlis memperingatinya, saya mengalu-alukannya,” katanya.

Peguam veteran itu pernah menjadi Presiden Majlis Peguam dari tahun 2000 hingga 2001, di samping pernah menjadi peguam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arwah juga pernah mewakili isteri kepada bekas duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dalam tuntutan berkaitan harta sepencarian atau pembahagian faraid di mahkamah syariah.

Di samping itu arwah juga pernah terlibat dalam kes berkaitan krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada 2009. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad