web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Jualan Rahmah Rekod RM178.6 Juta - Fuziah 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 5:32PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh memeriksa barangan Jualan Rahmah Siswa pada Program Advokasi Pengguna di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Program Jualan Rahmah yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan jumlah jualan sebanyak RM178.6 juta setakat 30 November lalu.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata inisiatif itu sudah memanfaatkan 5.6 juta pengunjung selepas ia dianjurkan di hampir 4,000 lokasi di seluruh negara. 

"Kementerian akan habiskan peruntukan program ini sebanyak RM150 juta supaya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah syarikat pemborong di Indera Mahkota di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Fuziah berkata, ia mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat misalnya penganjuran Karnival Jualan Rahmah Peringkat Pahang hari ini telah merekodkan kedatangan 1,000 pengunjung dalam tempoh dua jam ia bermula. 

Karnival itu yang diadakan hingga esok di Dataran Sayangi Kuantan di sini, menurut beliau, menyasarkan 5,000 pengunjung dengan 60 item dijual dan menawarkan potongan harga hingga 30 peratus. 

Sementara itu, mengulas mengenai isu bekalan ayam belanda menjelang perayaan Krismas, Fuziah berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sudah memohon import dari Turkiye, namun setakat ini belum dapat dibawa masuk. 

"Selalunya kita import dari Amerika Syarikat, tetapi pada 2021 kita ada larangan import kerana ayam belanda di sana terkena jangkitan selesema burung, kita tak nak import ayam belanda yang berpenyakit. 

"Di Malaysia pula ada ladang ayam belanda di Perak, tetapi tidak cukup untuk menampung permintaan kerana sekali pengeluaran hanya lebih 1,000 ekor … masalah bekalan kurang ini berlaku disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Peniaga Didaftar Bawah Program ReDI Tahun Ini - Fuziah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar