web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 8:38AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh (kiri) pada Program Tinjauan Mesra Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dan Pelancaran Program My Save Food di BRR Sungai Besar Sabak Bernam hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BESAR - Sebanyak 8.1 tan metrik makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM116,000 berjaya diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood dalam tempoh enam hari puasa tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kempen itu digerakkan KPDN dengan kerjasama rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA).

"Tahun lepas kita melaksanakan MySaveFood di 55 bazar Ramadan di seluruh negara dan telah menyelamatkan 25 tan metrik makanan dan minuman daripada terbuang dengan nilai lebih RM281,000," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program MySaveFood peringkat negeri Selangor di Bazar Ramadan Sungai Besar di sini, semalam.

Fuziah berkata, bagi peringkat negeri Selangor, program itu dilaksanakan dengan penglibatan tiga institusi pengajian tinggi awam iaitu, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Selangor.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu diuruskan oleh Gerakan Pengguna Siswa (GPS) PSIS, Sabak Bernam yang juga komuniti aktif di bawah Gerakan Pengguna KPDN Selangor.

"Menerusi GPS, KPDN Selangor melantik seorang ketua bazar yang bertanggungjawab untuk mengurus gerak kerja MySaveFood seperti mengumpul dan mengedar makanan dan minuman yang tidak habis dijual secara percuma kepada golongan sasar antaranya pelajar universiti, gelandangan, rumah kebajikan dan rumah ibadah," katanya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, KPDN Selangor menerusi kerjasama strategik dengan pihak berkuasa tempatan melaksanakan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di empat lokasi tumpuan pengunjung di negeri itu, iaitu Bazar Ramadan Lotus Kuala Selangor, Sungai Besar, Kuala Kubu Bharu dan Kuala Langat.

Katanya, BRR tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan dan setakat ini lebih 40 peratus peniaga yang terlibat di lokasi berkenaan menawarkan Menu Rahmah iaitu makanan dan minum dijual pada harga RM5 dan ke bawah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad