web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Amelia Henderson antara yang akan turut serta dalam acara jelajah ini

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2025 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan tahun ini bakal lebih panas dan beraksi dengan kehadiran bintang-bintang Blood Brothers di bazar Ramadan terpilih.

Primeworks Studios (PWS) dan Skop Productions membawakan pengalaman eksklusif buat peminat untuk bertemu secara dekat dengan para pelakon kegemaran mereka dan berpeluang memenangi tiket ke Gala Premiere Blood Brothers.

Blood Brothers, filem yang bakal menggegarkan pawagam bermula 10 April hadapan merupakan filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. 

Ia menampilkan gabungan pengarah berpengalaman dan penulis hebat iaitu Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared dan Ashraf Modee Zain. 

Barisan pelakonnya juga terdiri daripada nama-nama besar dalam industri perfileman negara seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh dan Amelia Henderson.

Kunjungan para pelakon ke enam lokasi bazar Ramadan terpilih merupakan sebahagian daripada kempen promosi. Siri aktiviti ini akan bermula pada 15 Mac (esok) di Bazar Ramadan Dataran Karnival Stadium Shah Alam, diikuti dengan Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya pada 16 Mac. 

Peminat berpeluang untuk berinteraksi secara langsung melalui sesi meet & greet, merakam kenangan melalui swafoto dan turut serta dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Lebih menarik, peminat yang berjaya menemui barisan pelakon Blood Brothers akan menerima sampul raya khas dengan kod QR eksklusif untuk menyaksikan treler istimewa. 

Selain itu, mereka juga boleh mencuba nasib dengan ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi tiket percuma ke Gala Premiere atau membawa pulang barangan cenderahati edisi khas.

Jangan lepaskan peluang menyertai #MyBloodBrothersChallenge! Kongsi gambar anda di Instagram, tag @primeworksstudios.film dan @skopofficial__, serta gunakan #MyBloodBrothersChallenge. 

Geng yang paling hebat dan menonjol berpeluang memenangi barangan eksklusif dan tampil di karpet merah bersama ‘Blood Brothers’ pada malam Gala Premiere Blood Brothers. 

Rujuk langkah penyertaan di @primeworksstudios.film dan pastikan semua syarat dipenuhi untuk penyertaan yang sah.

Rebut peluang untuk bertemu pelakon kegemaran anda secara dekat ini sebaiknya! Abadikan kenangan dengan foto bersama dan rasai ikatan brotherhood sebenar. 

Untuk perkembangan terkini tentang jelajah bazar Ramadan Blood Brothers, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube. - Getaran, 14 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN