web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 5,000 Peniaga Didaftar Bawah Program ReDI Tahun Ini - Fuziah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 8:13PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sejumlah 4,898 peniaga sudah didaftarkan di bawah kaedah pembayaran elektronik (e-dompet) menerusi Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 30 September tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, program yang diperkenal sejak 2021 itu bertujuan menggalakkan digitalisasi dalam kalangan peniaga serta pengguna di Malaysia.

"Program ini juga adalah selari dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang bertujuan mewujudkan masyarakat digital yang inklusif serta berdaya saing.

"Sejak program ini bermula pada 2021, ia telah berjaya mendaftarkan sejumlah 13,377 peniaga di seluruh negara," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, peningkatan jumlah penyertaan itu memberikan gambaran positif bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia menerima perubahan daripada kaedah pembayaran tradisional kepada elektronik yang terbukti lebih efisien dan sistematik.

Fuziah juga berkata, jenama ReDI akan terus dikembangkan dengan lebih meluas pada 2024 melalui pelaksanaan lebih banyak inisiatif baharu seperti ReDI Plus dan ReDI Referral yang dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar.

*Kementerian berharap sinergi strategik Program ReDI dengan pemain industri peruncitan akan terus diperkukuh dalam inisiatif lain seperti Pasar RAHMAH dan Gaya Hidup RAHMAH yang akan diperkenal pada 2024," katanya.

Terdahulu, beliau melepaskan peserta Program ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital di sebuah hotel di Langkawi yang menyaksikan mereka dikehendaki melaksanakan aktiviti advokasi dan promosi mengenai kaedah pembayaran elektronik kepada peniaga dalam tempoh enam jam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Jualan Rahmah Rekod RM178.6 Juta - Fuziah 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad