web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dadah Bernilai Hampir RM2 juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 2:37PM

Mior Faridalathrash menunjukkan dadah dan barangan dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi enam suspek termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.

Kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri berusia 26 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan sekitar bandaraya ini pada Rabu dan Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, risikan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menahan seorang lelaki di sebuah kondominium di Kampung Simee, di sini.

Katanya, polis berjaya merampas dadah jenis ketamin dan erimin 5 sebelum memperoleh maklumat untuk menyerbu tiga lokasi di Kampung Simee, Tambun dan Bercham.

Menurutnya, serbuan di lokasi-lokasi berkenaan berjaya menahan isteri suspek dan satu lagi pasangan suami isteri.

“Berdasarkan siasatan dan maklumat diperolehi, polis sekali lagi melakukan dua serbuan di kawasan Bukit Merah serta Kampung Rapat semalam dan menahan dua lelaki.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 12,900 pil erimin 5, 1,000 pil ecstacy, ketamin seberat 0.6 kilogram (kg), 13.6 kg serbuk disyaki dadah dan 183 paket serbuk minuman disyaki dadah dengan nilai keseluruhan RM1.98 juta,” katanya dalam sidang media di IPK Perak, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, turut disita kereta jenis Toyota Harrier, Toyota Estima, Toyota Camry, Honda Civic dan motosikal jenis Kawasaki Versys serta barangan kemas dan empat jam tangan bernilai RM262,596.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati sindiket terbabit aktif sejak setahun lalu dan dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah untuk pasaran sekitar bandaraya ini, dengan kesemua rampasan boleh digunakan bagi menampung permintaan 100,000 penagih.

Katanya, kesemua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad