web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 3:55PM

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyerahkan wang bidaan sebanyak RM100,000 kepada Setiausaha Agung, Islamic Charity Center Society, Dr Jaber Hassan di Amman, Jordan, baru-baru ini. gambar X @drzul_albakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa wang bidaan jam Rolex sudah diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Islamic Charity Center Society (ICCS), sebelum disalurkan kepada rakyat Palestin.

Katanya, wang itu diserahkan kepada Setiausaha Agung ICCS, Dr Jaber Hassan, dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada Muslim Care Malaysia atau @MuslimCareMy yang mengatur perjumpaan berkenaan.

"Alhamdulillah, saya telah selamat menyampaikan amanah RM100,000 hasil bidaan jam Rolex saya kepada Dr Jaber Hassan, Setiausaha Agung, Islamic Charity Center Society (ICCS). Wang tersebut akan disalurkan terus ke Gaza, sebagaimana hasrat saya. 

"Malaysia sentiasa dekat di hati beliau kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya satu ketika dahulu," kongsi Dr Zulkifli menerusi aplikasi X hari ini.

Menurut Dr Zulkifli, ICCS adalah antara NGO terbesar di Amman (Jordan) dan sudah melaksanakan pelbagai kegiatan kebajikan untuk rakyat Palestin. 

Malah, katanya, ICCS juga memiliki sebuah hospital yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk merawat pelarian Palestin di Amman, Jordan. 

"Pada pertemuan itu Dr Jaber turut memaklumkan saya beberapa maklumat terbaharu terus daripada Gaza. 

"Beliau turut meminta rakyat Malaysia teruskan berdoa dan menghulurkan bantuan melalui pelbagai saluran yang tersedia," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut memaklumkan baki RM35,000 wang bidaan terbabit juga sudah diserahkan kepada lapan NGO terpilih seperti yang diumumkannya sebelum ini menerusi transaksi dalam talian.

Terdahulu, Getaran melaporkan jam tangan Rolex kurniaan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang dilelong sebelum ini, dibida pada harga RM135,000, beberapa minit sebelum bidaan ditutup tengah malam 31 Oktober lalu.

Dr Zulkifli yang memaklumkan mengenai keputusan bidaan berkenaan berkata, pembida dari Pasir Gudang, Johor yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Hamba Allah’ kini pemilik jam tangan mewah berkenaan. - Getaran, 8 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad