web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Selamat Adik, Abang Pula Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 4:15PM

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di Sungai Perak berdekatan Tebing Rebak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HUTAN MELINTANG - Seorang lelaki dikhuatiri maut selepas dihanyutkan arus deras sebaik menyelamatkan adiknya yang lemas di Sungai Perak berdekatan Tebing Rebak, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira- kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 21 tahun bersama rakan-rakan serta adiknya berusia 15 tahun dipercayai mandi di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, adik mangsa secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi.

Katanya, mangsa kemudiannya bertindak menyelamatkan adiknya dan berjaya menolak remaja itu ke atas bot orang kampung yang kebetulan berada di situ.

“Namun mangsa kemudiannya tenggelam dan dihanyutkan arus deras, menyebabkan operasi mencari serta menyelamat segera digerakkan dengan bantuan bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan penduduk kampung.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dihentikan jam 9 malam kerana cuaca gelap sebelum diteruskan semula jam 7 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, sehingga jam 11 pagi ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi mencari dan menyelamat dimulakan dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Katanya, operasi kemudiannya diluaskan sehingga tujuh kilometer (km) dengan kekuatan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). – Getaran, 26 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad