web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


McDonald's Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:04AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia mengesahkan sumbangannya sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan McDonald’s Malaysia semalam memaklumkan bahawa syarikat itu berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan berkenaan dengan harapan supaya dapat membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar.

“Langkah ini adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut McDonald’s Malaysia, sumbangan kepada Dana Kemanusiaan Palestin akan secara langsung menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza, sekali gus memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.

Syarikat itu menyatakan bahawa sumbangan tersebut meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal dan bantuan pemindahan, sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

Katanya, komitmen McDonald’s Malaysia tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan.

“Kami yakin semangat kerjasama dapat membantu dalam masa yang genting ini. Selain sumbangan ini, McDonald's Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana bagi terus membantu misi bantuan di Gaza.

“Kami berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Suspek Ugut Pelanggan McDonald’s Ditahan, Reman Sehingga Rabu

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

McDonald's Malaysia Bakal Buka Lima Lagi Restoran Baharu Di Kelantan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad