web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Suspek Ugut Pelanggan McDonald’s Ditahan, Reman Sehingga Rabu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 4:49PM

Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Malaysia tidak terlepas daripada gerakan boikot susulan konflik Palestin-Israel - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sudah menahan kelima-lima suspek yang didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan restoran makanan segera McDonald’s, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis juga mendapat kebenaran mahkamah untuk memanjangkan tempoh reman kesemua suspek sehingga Rabu ini.

Menurut beliau, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 40 tahun.

“Kita sudah membuat penahanan, empat orang suspek sudah ditangkap pada Sabtu lepas.

“Seorang lagi kita dapat tahan pada semalam dan kesemua lima suspek ini merupakan lelaki tempatan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Pada 12 April lalu, pengadu iaitu seorang lelaki berusia 40-an mendakwa diganggu suspek yang ketika itu sedang melakukan protes di luar premis restoran terbabit.

Dalam kejadian tersebut, lima suspek terbabit didakwa turut membuat provokasi dan mengugut pengadu.

Berdasarkan laporan polis, kejadian berlaku kira-kira jam 10.25 malam di hadapan premis McDonald’s Sungai Isap, Kuantan di Pahang.

Pada masa sama, Wan Zahari berkata, polis juga membuka satu lagi kertas siasatan baharu terhadap suspek di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Ini bermaksud polis membuka dua kes iaitu satu Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan provokasi dan yang terbaru adalah Seksyen 366 Kanun Keseksaan kerana tindakan mereka yang melakukan protes menaiki pacuan empat roda (sambil) mengibar bendera Palestin di hadapan premis McDonald’s di sini.

“Jadi kita anggap ia dalam keadaan yang menyebabkan perbuatan gopoh dan membahayakan nyawa orang lain,” katanya. - Getaran, 15 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar