web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Rahmah Sempena Hari Malaysia Pada 15, 16 September 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 3:53PM

Poster Program Jualan Rahmah sempena sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan di Kuching. gambar Facebook KPDN Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Program Jualan Rahmah akan diadakan dua hari bermula esok (15 September) di Stadium Perpaduan di sini, sempena sambutan Hari Malaysia.

Menurut poster dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), program jualan itu adalah kerjasama bersama pasar raya Everrise.

Esok, program jualan itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang manakala pada Sabtu dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam.

Pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak, gula dan tepung akan dijual pada program itu.

Bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', sambutan Hari Malaysia pada 16 September dijadualkan bermula dengan acara prapersembahan pada 7 malam sebelum acara rasmi pada jam 8.30 malam.

Pengisian program itu antaranya Konsert Hari Malaysia yang dijayakan oleh artis tempatan, upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia serta perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar akan menjadi tetamu kehormat utama dalam sambutan itu yang akan disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salang. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Rencana 9 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

2 tahun yang lalu

Hayati Semangat Hari Malaysia, Semai Rasa Cinta Kepada Negara, Perteguh Perpaduan  

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sambut Hari Malaysia Bersama K-Clique Di Legoland Esok!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarian 'Soul Of Malaysia' Buka Tirai Sambutan Hari Malaysia Sabtu ini

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad