web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambut Hari Malaysia Bersama K-Clique Di Legoland Esok!

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 9:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan rap terkenal, K-Ckique bakal menggegarkan suasana di Legoland Malaysia sempena Hari Malaysia, esok.

K-Clique yang dianggotai oleh MK, Noki, SoMean, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas ini dijangka menyampaikan beberapa lagu hits mereka khas buat pengunjung Splash Carnival.

Untuk pengetahuan, acara ini telah berlangsung sejak 19 Ogos lalu dan ia turut dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal seperti Ernie Zakri (19 Ogos), De Fam (26 Ogos), Naim Daniel dan Heerraa (2 September) serta Dayang Nurfaizah (9 September).

Selain persembahan artis secara live, Legoland turut menyediakan aktiviti yang mesra keluarga dengan pelbagai permainan bertemakan air.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, demi memastikan Legoland menjadi destinasi percutian terbaik, pihaknya menjanjikan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan seperti permainan air mendebarkan tanpa mengira peringkat umur.

“Pengunjung berpeluang merasai sendiri pelbagai cabaran di taman tema air selain dapat mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga atau rakan.” katanya. 

Untuk pengunjung yang sudah menempah tiket ke sana, anda turut berpeluang merasai pelbagai aktiviti seperti Lego Boat Race, Limbo Rock dan cabaran Hula Hoop, Aqua Zumba dan Just Dance Wavepool serta Aquatic Symphony.

Akses kepada hiburan yang luar biasa ini boleh didapati melalui laman web rasmi Legoland Malaysia Resort.

Jangan lepaskan peluang ini! - Getaran, 15 September 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 9 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Keseronokan Percutian Yang Tidak Dapat Dilupakan Di LEGOLAND® Malaysia Resort

3

2 tahun yang lalu

Hayati Semangat Hari Malaysia, Semai Rasa Cinta Kepada Negara, Perteguh Perpaduan  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jualan Rahmah Sempena Hari Malaysia Pada 15, 16 September 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia