web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

Jika kita benar-benar mahu menyelamatkan negara ini dan meneruskan reformasi serta pemulihan yang telah dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita perlu berani mengakui hakikat: kepimpinan tidak semestinya dan tidak seharusnya hanya datang dari Semenanjung.

Rencana Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2025 2:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Malaysia bukan sekadar tarikh di kalendar. Ia adalah hari kita memilih untuk percaya kepada sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri iaitu gagasan sebuah negara bernama Malaysia. 

Pada 16 September 1963, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk satu ikatan, bukan sekadar satu hubungan dan tujuannya adalah jelas; melahirkan sebuah negara yang berdiri atas kepelbagaian, kesamarataan dan perpaduan.

Namun, mari kita akui dengan jujur: janji itu semakin jauh kita tinggalkan.

Telah terlalu lama Tanah Melayu bertindak seolah-olah Malaysia adalah anugerah yang diberi, bukannya amanah yang perlu ditunaikan. Terlalu lama juga Sabah dan Sarawak dilihat hanya sebagai penyumbang sumber dan angka. Hak mereka diabaikan, suara mereka diketepikan. Tetapi meskipun dipinggirkan, kedua-duanya tetap setia kepada Malaysia.

Dan kesetiaan itu bukan membabi buta, sebaliknya berpaksikan kepada keyakinan. Di Sabah dan Sarawak, jiwa Malaysia masih hidup, masih tulen. Di sana, masyarakat hidup bersama tanpa curiga. Perbezaan tidak dijadikan senjata, tetapi diraikan. Agama dan budaya bukan alat politik, tetapi sebahagian daripada kehidupan seharian. Ironinya, semangat Malaysia paling subur di tempat yang paling kurang dihargai.

Di situlah terletaknya paradoks dan mungkin penyelamat iaitu negara kita.

Harus diakui, ancaman terhadap Malaysia jarang datang dari luar, sebaliknya ia datang dari dalam. Ia muncul ketika Tanah Melayu lupa bahawa ia bukan Malaysia. Ia muncul apabila rasa berhak mengatasi kerendahan hati, apabila kuasa disimpan, bukannya dikongsi. 

Jika kita benar-benar mahu menyelamatkan negara ini dan meneruskan reformasi serta pemulihan yang telah dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita perlu berani mengakui hakikat: kepimpinan tidak semestinya dan tidak seharusnya hanya datang dari Semenanjung.

Perjanjian asal Malaysia adalah kesamarataan. Sabah dan Sarawak bukan pelengkap, mereka rakan setara. Menyebutnya dengan kata-kata tetapi menolak dalam perlaksanaan adalah kepura-puraan. Membetulkannya hari ini adalah keadilan.

Dan keadilan yang paling jelas dan bermakna mungkin ini: menerima hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia seterusnya boleh lahir dari Borneo; bukan sebagai simbol, bukan sebagai ehsan, tetapi kerana Sabah dan Sarawak telah menjaga nyala api Malaysia ketika yang lain hampir memadamkannya. 

Mereka telah membuktikan apa ertinya hidup bersama apabila politik tidak merosakkan jiwa manusia. 

Masa depan Malaysia tidak ditentukan oleh dari mana pemimpinnya berasal, tetapi oleh nilai yang dibawanya iaitu perpaduan, ketabahan dan keadilan.

Telah tiba masanya kita bersedia menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang tidak pernah meninggalkan perjuangan ini. Jika kita benar-benar ikhlas mahu membina Malaysia yang kita impikan, mungkin bab seterusnya kisah negara ini wajar ditulis dari Borneo.

Malaysia bukan sekadar Tanah Melayu. Ia tidak pernah begitu. Ia tidak sepatutnya begitu.

Suatu hari nanti, Malaysia akan berdiri sebagai rumah api dunia yang terang di atas bukit dan memberi harapan kepada dunia yang semakin kehilangan arah.

Kita adalah Satu. Kita adalah Malaysia.

Semoga Tuhan memberkati kita semua dan Selamat Hari Malaysia. - Getaran, 16 September 2025

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

2

Rencana 1 minggu yang lalu

Apabila Peraturan Institusi Diubah, Keadilan Menjadi Persoalan

3

Rencana 2 minggu yang lalu

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

Rencana 3 minggu yang lalu

Andy Burnham Dan Britain Baharu: Mengapa Kita Perlu Memberikan Perhatian

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

oleh Alfian Z.M. Tahir