Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Keseronokan Percutian Yang Tidak Dapat Dilupakan Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Mulakan perjalanan keajaiban dan pengembaraan LEGO yang menyeronokkan sempena cuti sekolah kali ini

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 3:39PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim cuti sekolah kini tiba lagi dan seperti selalu ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk menggembirakan hati anak-anak.  Tidak dinafikan terdapat banyak pilihan yang tersedia di dalam negara dan salah satu tarikan popular ialah LEGOLAND® Malaysia Resort.

Dengan penambahan tarikan baharu yang menarik sepanjang tahun 2023, LEGOLAND® Malaysia Resort menjanjikan lebih daripada sekadar percutian yang sempurna. Bagi ibu bapa, inilah kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak dan mencipta kenangan berkekalan. Bagi kanak-kanak pula, inilah masanya untuk menerokai dunia khayalan tanpa batasan.

Pengarah Bahagian LEGOLAND® Malaysia Resort, CS Lim, berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelawat, peminat setia dan dedikasi pekerja yang luar biasa. 

“Tahun ini, kami telah menyaksikan keajaiban berlaku di LEGOLAND® Malaysia Resort, daripada acara Splash Carnival yang diadakan buat pertama kali, sehinggalah kepada MINILAND Amazing Malaysia yang siap dibina dengan lebih daripada 1.38 juta LEGO® Bricks,” katanya.

Untuk memeriahkan suasana percutian akhir tahun ini, LEGOLAND® Malaysia Resort menjemput keluarga dan kanak-kanak untuk menerokai lima pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

1. Sambutan Cuti Akhir Tahun Yang Mempesona

Selami suasana percutian ajaib di Brick-Tacular Holidays di LEGOLAND® Malaysia Resort. Untuk masa yang terhad sahaja, datanglah melihat lampu percutian yang berkilauan di bawah bintang kerana operasi taman tema ini dilanjutkan sehingga jam 8 malam pada setiap Khamis hingga Ahad sehingga 1 Januari 2024. Malah, ia turut diserikan dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan menarik.

Untuk mengekalkan semangat perayaan, pastikan anda menyaksikan Perarakan Brick-Tacular pada 25 Disember, jam 4 petang untuk perjalanan yang menyeronokkan dan melihat pokok Krismas LEGO yang besar.

Akhiri Percutian Brick-Tacular dengan Ekstravaganza Tahun Baru yang tidak dapat dilupakan dan ucapkan selamat tinggal pada 2023 dalam gaya LEGO, dengan sorotan akhir tahun yang memukau dan pertunjukan cahaya yang menakjubkan pada 31 Disember.

2. Perjalanan Memukau Di MINILAND Amazing Malaysia

Dilancarkan pada September 2023, MINILAND Amazing Malaysia menjemput pengunjung untuk memulakan perjalanan yang memukau melalui 126 model LEGO yang dibina secara teliti. Model ini dibahagikan mengikut zon Timur, Barat, dan Laut China Selatan merangkumi binaan LEGO seluas 381 meter persegi.  Antara mercu tanda ikonik dari Malaysia Timur dan Barat, termasuklah kubu bersejarah A’Famosa, Jonker Walk, dan Batu Caves.

Bawa diri anda kembali ke khazanah budaya klasik ini melalui paparan interaktif yang mendedahkan cerita dan keajaiban tempatan, menawarkan gambaran ke dalam daya tarikan asli Malaysia. Daripada perlumbaan bot penampang yang mendebarkan kepada pertunjukan wayang kulit yang mempesonakan. 

3. Meraikan Erti Persahabatan

Awal tahun ini, francais LEGO Friends® memperkenalkan watak-watak baharu yang lebih inklusif, dengan personaliti dan minat yang berbeza. Watak baharu yang pelbagai ini direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak, sambil membantu mereka memahami erti persahabatan yang sebenar dan mencipta cerita berwarna-warni mereka sendiri dengan kebersamaan di hati.

Para tetamu juga boleh meneruskan pengalaman dengan LEGO® Friends Room yang baru dilancarkan, sambil mereka menghidupkan kembali semangat persahabatan dalam Heartlake City dan membuka kunci peti harta karun yang tersembunyi di dalam bilik mereka untuk hadiah eksklusif.

4. Pengalaman 4D: Melangkah Ke Dunia Fantastik Di Luar Imaginasi

Apakah cara yang lebih baik untuk memburu makhluk jahat menakutkan daripada terpaksa berhadapan dengan mereka dan bertarung habis-habisan? Dengan Filem LEGO® DREAMZzz 4D, ini adalah peluang anda untuk melangkah ke dunia fantastik di luar imaginasi paling liar, dan menerima kuasa baharu yang anda miliki, untuk melindungi mimpi anda daripada roh jahat. 

Sertai Mateo dan Izzie dalam Z-Blob Rescue Rush di Teater Filem 4D LEGO® Studios dan lihat sendiri betapa hebatnya sebuah mimpi.

5. Kejutan Dunia Bawah Air

Percutian di LEGOLAND® Malaysia Resort tidak akan lengkap tanpa lawatan ke SEA LIFE Malaysia.

Tarikan akuatik interaktif ini mempamerkan hidupan marin di habitat Malaysia bersama elemen LEGO® yang menawan. Temui makhluk yang disayangi seperti kuda laut yang anggun bergerak bersama-sama dan 'Crabzilla of the Sea' yang besar, ketam labah-labah Jepun dengan kaki panjang menjangkau sehingga 12.1 kaki panjang. 

Selain itu, anda juga akan menemui kejutan baharu apabila akuarium itu mengalu-alukan kehadiran lebih 28 spesies baharu, termasuklah ikan racoon butterfly yang cantik.

Sepanjang Disember sehingga 8 Januari 2024, pengunjung boleh menikmati  pelbagai tawaran menarik jika meluangkan masa di taman tema ini. Salah satu daripadanya adalah rakyat Malaysia yang membeli tiket harian sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal, berpeluang mendapat penjimatan 20 peratus. 

Warga Singapura dan penduduk antarabangsa pula boleh menikmati diskaun 10 peratus. Tawaran Buy Early & Save deal ini sah untuk semua tiket sehari untuk akses Taman Tema, Double-Park dan Triple-Park.

Selamat bercuti! - Getaran, 17 Disember 2023

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius