Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tarian 'Soul Of Malaysia' Buka Tirai Sambutan Hari Malaysia Sabtu ini

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 4:21PM

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. gambar JAPEN Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persembahan tarian kontemporari oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak berkonsepkan 'Soul of Malaysia' akan membuka tirai sambutan Hari Malaysia 2023 di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, Sabtu ini. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi dan Digital, Mastura Ahmad Mustafa berkata, selain itu, persembahan formasi membawa bendera semua negeri di Malaysia juga bakal memukau orang ramai yang hadir pada sambutan berkenaan. 

"Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang dilancarkan sejak Julai lalu akan membawa Jalur Gemilang untuk diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, yang kemudian menyempurnakan upacara menaikkan bendera itu diikuti nyanyian lagu Negaraku dan lagu Jalur Gemilang.

"Selepas itu ada bacaan ikrar Rukun Negara untuk menaikkan semangat dan mengingatkan kita apa komitmen dan janji kita kepada negara diikuti persembahan simbolik perasmian," katanya ketika menjadi tetamu di stesen radio Nasional FM hari ini. 

Sambutan Hari Malaysia tahun ini menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,' manakala frasa bahasa Iban di Sarawak 'Segulai Sejalai' yang bermaksud seiring sejalan digunakan sebagai cogan kata perpaduan di seluruh negara.

Mastura berkata, gimik perasmian akan disempurnakan oleh Pemangku Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar diikuti persembahan tarian oleh penari kanak-kanak sambil membawa plakad yang bercahaya dalam gelap.

Beliau berkata bagi memeriahkan lagi sambutan, terdapat persembahan khas yang dibahagikan kepada tiga segmen dengan yang pertama adalah 'Tanah Air Tumpah Darahku'.

"Menerusi segmen ini, hadirin disajikan dengan persembahan mengenai pascapeperangan, ideologi komunis sehingga zaman sekarang membabitkan wilayah Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bertujuan menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak kita.

"Segmen kedua, ‘Malaysia Kita’ akan menonjolkan perjuangan menuntut kemerdekaan di Borneo Utara dan Sarawak dan macam mana kita membentuk tiga wilayah ini menjadi Malaysia,” katanya. 

Segmen terakhir pula adalah persembahan khas Segulai Sejalai menampilkan keharmonian dan kesatuan dalam rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

"Ada lagu khas Segulai Sejalai dicipta dan akan dipersembahkan oleh koir serta orkestra kanak-kanak,” katanya sambil menambah beberapa artis tempatan Sarawak bakal membuat persembahan pada sambutan berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Lelaki Disambar Buaya Ketika Tangkap Ikan Di Tebing Sungai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

Pendidikan 1 hari yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Guna Akaun 3? Carum Semula Secara Sukarela - Pakar Ekonomi

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 17 jam yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu