web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Dijemput Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Di Kuching Sabtu Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 3:24PM

Orang ramai diminta memeriahkan sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di Stadium Perpaduan di Kuching pada 16 September ini. gambar JAPEN Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya rakyat Sarawak diseru hadir beramai-ramai ke Stadium Perpaduan di Kuching bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Malaysia pada Sabtu depan. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata pelbagai acara menarik dirancang pada sambutan 16 Sept itu antaranya Konsert Hari Malaysia yang dijayakan oleh artis tempatan.

Katanya, pengisian lain adalah upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia dan perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

“Orang ramai yang berada di pekarangan stadium juga berpeluang untuk mengikuti acara rasmi yang berlangsung di dalam Stadium Perpaduan menerusi paparan skrin besar.

“Sama-sama kita menjadi rakyat yang senang akan budaya, penyatuan dan usaha membangunkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu,” katanya semasa menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia siaran TV1 hari ini.

Julaihi berkata sambutan Hari Malaysia yang diadakan setiap tahun penting untuk mendidik orang ramai mengenai penubuhan Malaysia pada 1963.

“Sejarah penubuhan negara ini perlu diketahui oleh semua warganegara, segenap lapisan generasi. Kalau tidak, kita hanya adakan sambutan setiap tahun, tetapi makna sambutan itu tidak kita hayati dan ketahui,” katanya.

Bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', Sarawak dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini dan majlis di Stadium Perpaduan dijadual bermula dengan acara prapersembahan pada jam 7 malam sebelum acara rasmi pada jam 8.30 malam.

Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada sambutan Hari Malaysia 16 Sept nanti adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 9 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad