Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

Kisah Kita Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 4:13PM

Usahawan, Nurul Arfiqah Ali menunjukkan produk kudapan pedas berasaskan emping jagung ketika ditemui di kediamannya di Kampung Senari di Jalan Bako dekat sini baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Bermula dengan mengedar sampel secara percuma dan hanya menjual pek mini di kantin sekolah, Nurul Arfiqah Ali tidak menyangka produk kudapan pedas berasaskan emping jagungnya mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

Usahawan wanita berusia 33 tahun yang memulakan perniagaan sejak 2015 itu berkata, produk hasil resipi ibu mentuanya itu laris terjual hampir 10,000 balang dengan nilai jualan mencecah RM200,000 pada bulan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Krismas.

"Kalau bukan musim perayaan boleh cecah 6,000 balang sebulan... Sekiranya permintaan pelanggan meningkat macam Hari Raya, Gawai dan dapat tempahan untuk majlis, kita akan ada lebih banyak pekerja (untuk siapkan pesanan)," katanya ketika ditemui BERNAMA di kediamannya baru-baru ini.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, disebabkan permintaan tinggi terhadap produk kudapannya itu, Nurul Arfiqah mengupah kaum wanita di kampungnya seperti ibu tunggal, suri rumah serta pelajar sekolah bagi membantunya menyiapkan pesanan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

"Memang saya ambil wanita dari Kampung Senari untuk menolong saya dari proses memasak sehingga pembungkusan, melibatkan syif siang iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 

"Sekiranya banyak pesanan masuk, kita ada syif malam juga iaitu 7.30 malam hingga 2.00 pagi," katanya.

Lazimnya kudapan emping jagung di pasaran berperisa madu atau telur masin, namun produk Nurul Arfiqah yang dinamakan 'CrunchyNut Cornflakes' itu mengetengahkan gabungan rasa pedas, manis dan masin dengan mengadunkan bahan utama itu bersama sambal, kacang dan 'pusuk' atau ikan bilis.

Nurul Arfiqah berkata, selepas empat tahun berkecimpung dalam perniagaan, dia bercadang meluaskan pasaran produknya dan menggunakan sistem ejen susulan menerima maklum balas positif daripada pelanggannya.

"Kita mula dengan pencarian 10 ejen terdiri daripada rakan dan saudara terdekat... Alhamdulillah, sekarang kita ada hampir 200 ejen di seluruh Malaysia dan Brunei," katanya yang aktif memasarkan produknya di platform media sosial Instagram dan Facebook sejak 2017.

Nurul Arfiqah Ali (kanan) memasukkan kudapan pedas berasaskan emping jagung ke dalam balang.
Nurul Arfiqah Ali (kanan) memasukkan kudapan pedas berasaskan emping jagung ke dalam balang.

Benar bagai dikata, pandemik COVID-19 yang melanda negara pada 2020 membawa 'rahmat' kepada golongan usahawan seperti Nurul Arfiqah yang tidak menang tangan menyiapkan tempahan diterima secara dalam talian menerusi ejen ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"FELCRA Berhad juga membantu untuk memasarkan produk dengan memberi tapak berniaga secara percuma kepada saya di majlis melibatkan FELCRA, jadi dari situ lebih ramai yang tahu mengenai produk ini," katanya yang turut menerima tempahan untuk dijadikan buah tangan di majlis keramaian.

Produk emping jagung pedas dijual dalam saiz 500 gram dan satu kilogram, dengan harga pasaran bermula dari RM22 sebalang berperisa emping jagung pusuk, emping jagung kacang gajus dan emping jagung kacang tanah.

Setelah hampir setahun mengharungi perit jerih dalam menghasilkan sambal bersesuaian, Nurul Arfiqah dalam peracangan untuk membawa produknya ke pasar raya tempatan suatu hari nanti.

"Nak bawa produk itu masuk pasar raya, saya perlukan oven berkapasiti besar untuk pastikan emping jagung ini dibakar supaya ia kekal rangup dan tahan lebih lama di atas rak.

"Penggunaan oven ini juga bakal meningkatkan kos pembuatan dan harga jualan. Jadi untuk waktu ini, saya menaiktaraf pembungkusan supaya dibungkus dengan lebih baik bersama paket gel silika," katanya.

Berikutan perkembangan media sosial ketika ini dia juga merancang untuk memanfaatkan platform e-dagang seperti TikTok Shop dan Shopee bagi meningkatkan hasil jualan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Hujan Lebat Tak Berhenti, Kuching Dilanda Banjir Kilat

3

Muzik 6 bulan yang lalu

Yuna Asia Tour Singgah Di Kuching 27 Oktober Ini

4

TARA 7 bulan yang lalu

4 Tempat Makan Menyelerakan Di Kuching, Sarawak

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong

Kisah Kita 8 jam yang lalu

Adam Syed Lakar Nama Malaysia Di Tesla Inc, Terus Terbang Tinggi Bersama Twitch

oleh Sophia Ahmad