web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Berduka Kehilangan Salahuddin, ‘Berehatlah Sahabatku..’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 8:00AM

Salahuddin Ayub menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub malam tadi meninggalkan kesan yang amat dalam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi kedukaan menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mengakui kematian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat dirinya.

Menurut beliau, Salahuddin ialah seorang sahabat setia yang teguh bersama dalam perjuangan digerakkannya selama ini.

“Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.

“Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi,” katanya, malam tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberitahu, Salahuddin dikenali kerana memiliki keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan atau lawan.

“Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

“Berehatlah, sahabatku. Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” katanya.

Perdana Menteri menyifatkan Salahuddin sebagai sahabat yang setia dengan perjuangan - gambar fail
Perdana Menteri menyifatkan Salahuddin sebagai sahabat yang setia dengan perjuangan - gambar fail

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 9.23 malam tadi.

Beliau terdahulu menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami pendarahan otak.

Berita duka mengenai pemergian Timbalan Presiden AMANAH itu diumumkan anak perempuannya, Fatihah Salahuddin di Facebook.

Jenazah bapa kepada enam anak tersebut dibawa pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor. - Getaran, 24 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad