web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Perdagangan Aeroangkasa, Maritim Serantau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 11:25AM

LIMA '23 berlangsung selama lima hari iaitu tiga hari pertama 23 Mei hingga 25 Mei hanya dibuka kepada pelawat perdagangan manakala dua hari terakhir (26 dan 27 Mei) dibuka kepada orang awam - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) yang berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei lepas dilihat berjaya mengukuhkan peranan Malaysia sebagi hab perdagangan industri aeroangkasa dan maritim serantau.

LIMA '23, yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan syarikat Alpine Integrated Solution Sdn Bhd (Alpine), berjaya memperoleh perjanjian bernilai RM17.6 bilion merangkumi kontrak berkaitan sektor pertahanan dan komersial bagi kedua-dua industri.

Pengarah Eksekutif Alpine Muhammad Aqlan Pacleb berkata ia dapat dilihat menerusi penyertaan lebih 600 pempamer perdagangan dari dalam dan luar negara yang berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

“Kita cuba mahu ketengahkan LIMA ‘23 kali ini bagi mewujudkan pembeli serantau, bukan pasaran serantau sahaja… itu yang menyebabkan kita bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan, pihak perolehan dari negara-negara lain untuk duduk bersama pempamer dan mendengan keperluan setiap negara.

“LIMA ‘23 adalah platform yang terbaik kerana mereka tidak perlu pergi ke setiap negara (untuk memasarkan produk), mereka boleh datang ke Malaysia kerana Malaysia menawarkan platform itu, jadi bila kita ada LIMA ‘23, ia menjadi sangat kos efektif sebab mereka berkesempatan bertemu dengan pihak yang diingini yang dijemput oleh Malaysia untuk datang ke LIMA ‘23,” katanya kepada Bernama. 

Muhammad Aqlan berkata keputusan membawa lebih 400 individu kenamaan (VVIP) dari seluruh Asia pada LIMA’ 23 juga membuahkan hasil kerana kehadiran individu yang mampu membuat keputusan dapat meyakinkan pempamer untuk menjalankan urusan perniagaan berkaitan industri terbabit. 

Katanya mesyuarat perniagaan ke perniagaan (B2B) yang diadakan ketika LIMA ‘23 juga bukan sahaja memberi peluang mengkomersialkan produk akan datang sebaliknya turut melibatkan perdagangan produk sedia ada di rantau ini.

Justeru katanya tidak mengejutkan apabila RM17.6 bilion nilai urus niaga direkodkan sepanjang LIMA ‘23 melibatkan industri pertahanan dan komersial, tidak termasuk urus niaga yang dimeterai pempamer selepas berakhirnya pameran tersebut. 

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada pihak pempamer, Muhammad Aqlan berkata terdapat keperluan untuk menambah hari pameran perdagangan pada penganjuran LIMA akan datang bagi memastikan lebih banyak pempamer mendapat manfaat. 

“Mereka yang pergi ke LIMA ‘23 nampak keperluan itu bahawa pameran perdagangan selama tiga hari  tidak mencukupi dan kita nampak ada kemungkinan besar untuk melanjutkan lagi pameran kepada empat hari sebab tiga hari itu sangat padat.

"Kita nak cuba mewajarkan pelaburan para pempamer ini dahulu sebab jika kita benar-benar nak buka keseluruhan perniagaan ini untuk rantau ini... saya fikir tiga hari untuk pameran perdagangan adalah tidak mencukupi,” katanya.

LIMA '23 berlangsung selama lima hari iaitu tiga hari pertama 23 Mei hingga 25 Mei hanya dibuka kepada pelawat perdagangan manakala dua hari terakhir (26 dan 27 Mei) dibuka kepada orang awam.

Muhammad Aqlan berkata pihaknya juga telah memberi kaji selidik tahap kepuasan terhadap penganjuran LIMA ‘23  kepada semua pihak yang terlibat dan akan menilai maklum balas mereka bagi memperbaiki semua aspek yang dilihat mempunyai kekurangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

LIMA'23: Dahulu Ambil Gambar Dengan Telefon, Kini Guna Kamera Profesional

2

TARA 3 tahun yang lalu

3 'Juruterbang' Cilik Muncul Di LIMA'23

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Harap LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Serantau Industri Aeroangkasa, Maritim

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Indonesia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran