web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 'Juruterbang' Cilik Muncul Di LIMA'23

Muhammad Faiq Mohamad Faizal, Muhammad Qais, dan Muhammad Qaid, masing-masing bercita-cita sama untuk menjadi juruterbang, mengikuti langkah bapa mereka, Mohamad Faizal Abd Aziz, yang merupakan juruterbang MD503 Pasukan Udara Tentera Darat.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 8:02AM

Tiga beradik Muhammad Faiq Mohamad Faizal, 12, Muhammad Qais, 8, dan Muhammad Qaid, 4, bergaya dengan pakaian juruterbang Tentera Udara ketika mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Angtarabangsa Langkawi (LIMA'23) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kecomelan tiga beradik yang muncul bergaya dengan pakaian seragam anggota tentera udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa di pameran dwitahunan itu.

Muhammad Faiq Mohamad Faizal, 12; Muhammad Qais, 8; dan Muhammad Qaid, 4; masing-masing bercita-cita sama untuk menjadi juruterbang, mengikuti langkah bapa mereka, Mohamad Faizal Abd Aziz, 40, yang merupakan juruterbang MD503 Pasukan Udara Tentera Darat.

Mohamad Faizal merupakan seorang daripada anggota pasukan aerobatik dlAngkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat pertunjukan udara sepanjang LIMA ‘23 yang bermula Selasa.

Ketika ditemui Bernama di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Muhammad Qais, anak ketiga daripada empat beradik memasang impian untuk membawa pesawat F-117A Nighthawk atau lebih dikenali ‘Black Jet’.

“Besar nanti saya nak jadi juruterbang pesawat penggempur sebab boleh bawa jet pejuang kerana pesawat itu laju. Saya teringin bawa Black Jet sebab ayah kata (pesawat) itu bagus,” katanya yang teruja melihat pertunjukan udara pada LIMA ‘23 yang mula dibuka kepada orang awam hari ini.

Sementara itu anak sulung, Muhammad Faiq berkata selain mahu menjadi juruterbang, dia juga menyatakan hasrat untuk menjadi pakar senjata dan aset ketenteraan kerana sering melihatnya melalui permainan video. 

Ibu mereka, Yuzaini Mohamad, 38, berkata tujuannya membawa ketiga-tiga anak memakai uniform itu sebagai memberi sokongan kepada suami yang membuat persembahan udara selain dorongan buat mereka untuk mencapai cita-cita menjadi juruterbang.

“Suami yang beli uniform mereka bertiga di Amerika Syarikat dan kami sekeluarga datang hari ini untuk memberi sokongan dan melihat sendiri persembahan udara daripada bapa mereka dan dia sendiri mahu anak-anak melihat kerjayanya,” katanya yang tiba dari Kluang, Johor semalam. 

Yuzaini yang merupakan suri rumah berkongsi bahawa suaminya mula menjalani latihan sejak tiga minggu lepas termasuk ketika hujung minggu untuk memastikan kejayaan membuat pertunjukan udara pada LIMA ‘23. 

Orang ramai yang ingin mengunjungi LIMA ‘23 yang kini berbaki satu hari boleh hadir di MIEC esok. - Bernama

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Perdagangan Aeroangkasa, Maritim Serantau

2

TARA 3 tahun yang lalu

LIMA'23: Dahulu Ambil Gambar Dengan Telefon, Kini Guna Kamera Profesional

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Harap LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Serantau Industri Aeroangkasa, Maritim

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Indonesia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa