Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LIMA'23: Dahulu Ambil Gambar Dengan Telefon, Kini Guna Kamera Profesional

Bengkel secara praktikal yang dianjurkan seorang jurugambar bebas bertujuan memberi peluang kepada orang ramai belajar teknik fotografi penerbangan yang diadakan di view point tertentu di sekitar Langkawi sempena LIMA’23.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 2:09PM

Mohd Zharfan Zorani, 25, (dua, kanan) teruja dapat merakamkan gambar formasi penerbangan ketika menyertai Bengkel Mini Fotografi Penerbangan yang diadakan di View Point Pemandangan Indah sempena LIMA'23 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Empat tahun lepas, minat menebal terhadap fotografi bidang penerbangan membawa Mohd Zharfan Zorani ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 walaupun hanya berbekalkan telefon pintarnya.

Pada ketika itu, beliau sekadar mengambil gambar menggunakan kamera pada telefon pintarnya dan hanya mampu melihat jurufoto dari dalam dan luar negara dengan lensa dan badan kamera pelbagai saiz datang ke view point tertentu di Langkawi untuk mengambil gambar pesawat yang membuat latihan penerbangan udara yang menampilkan pelbagai formasi penerbangan menarik.

Namun atas inisiatif bengkel fotografi penerbangan secara percuma khusus untuk LIMA‘23 tahun ini anjuran seorang jurugambar bebas, Mohd Zhafran, 25, begitu teruja apabila berpeluang menggunakan kamera dan lensa yang biasanya digunakan jurofoto profesional, dengan “pakej” ilmu fotografi secara percuma. 

“Saya tidak pernah menyangka dapat peluang seperti ini, bayangkan harga kamera ini sahaja sudah mencecah puluhan ribu ringgit dan saya juga mendapat ilmu baharu daripada ‘otai’ bidang ini,” katanya ketika ditemui Bernama di view point Pemandangan Indah di sini, sewaktu sesi latihan pasukan aerobatik.

Beliau yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di Universiti Kuala Lumpur berkata bengkel mini berkenaan dikendalikan secara lapangan dengan kesemua kelengkapan dan peralatan fotografi disediakan secara percuma. 

Katanya, selain mendapat ilmu baharu, peluang berkenaan juga membolehkan beliau bertemu dengan ramai jurufoto berpengalaman dari dalam dan luar negara, termasuk jurufoto rasmi pasukan aerobatik Al-Fursan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Sementara itu, Ahmad Hasrul Mustafa, 37, yang berasal dari Perlis berkata melalui bengkel berkenaan, beliau banyak belajar perkara baharu daripada aspek teknikal fotografi seperti shutter speed dan lensa bersesuaian untuk mengambil gambar pesawat yang bergerak laju.

“Sebelum ini, saya tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, gambar pun biasa-biasa sahaja. Tetapi kali ini memang puas hati, saya sanggup kosongkan jadual kerja saya untuk datang ke sini,” katanya yang bekerja sebagai pembuat filem secara bebas. 

Sementara itu, Mohd Safuan Salahudin, 38, yang berpengalaman dalam bidang fotografi hampir 15 tahun berkata bengkel secara praktikal yang dianjurkan beliau itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai belajar teknik fotografi penerbangan yang diadakan di view point tertentu di sekitar Langkawi sempena LIMA’23.

Beliau berkata walaupun menyedari kelas dianjurkan bermula 21 hingga 27 Mei itu biasanya boleh digunakan untuk “buat duit”, niatnya hanya satu iaitu mahu berkongsi ilmu berkenaan bersama orang ramai dengan menggalakkan mereka meneroka cabang fotografi penerbangan.

Katanya, sejak menawarkan iklan berhubung bengkel percuma itu, ramai yang menghubunginya dan mendaftarkan diri, memandangkan kebanyakan mereka tidak mampu membeli peralatan fotografi yang mahal.

“Ini merupakan peluang berharga yang tidak boleh dilepaskan peminat fotografi penerbangan,” katanya. 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini mengesahkan lima negara akan menyertai pasukan aerobatik pada pertunjukan udara iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, UAE dan Rusia. 

Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, LIMA‘23 kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 melibatkan kira-kira 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan.

LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” telah diadakan sejak 22 Mei dan berakhir semalam, dengan pameran berkaitan aeroangkasa diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), manakala segmen maritim di Resort World Langkawi. - Bernama

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Perdagangan Aeroangkasa, Maritim Serantau

2

TARA 10 bulan yang lalu

3 'Juruterbang' Cilik Muncul Di LIMA'23

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Anwar Harap LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Serantau Industri Aeroangkasa, Maritim

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Indonesia

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled