web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 5:27PM

Dr Zambry Abdul Kadir berkata kemenangan itu menunjukkan bahawa kes yang dibawa Malaysia adalah benar dan tepat, manakala kes yang dibawa pihak berkenaan adalah usaha yang dibuat untuk kepentingan pihak tertentu - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu semalam, menjadi bukti kebenaran negara dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara. 

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kemenangan itu menunjukkan bahawa kes yang dibawa Malaysia adalah benar dan tepat, manakala kes yang dibawa pihak berkenaan adalah usaha yang dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

"Saya turut adakan pertemuan dengan Menteri Luar Perancis sebelum ini, menjelaskan tentang pendirian Malaysia dan kedudukan wilayah Malaysia.

"Pihak Perancis sependapat dengan pendirian Malaysia berdasarkan kedudukan Malaysia, hak-hak Malaysia telahpun diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menurutnya kerjasama yang baik antara kementerian berhubung isu itu dengan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah berjaya menghasilkan satu keputusan yang cukup bermakna kepada negara.

Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.  

Ekoran keputusan itu penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

Kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka kemudian membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara terbabit iaitu Stampa, telah membuat keputusan memihak kepada mereka.

Stampa telah mengeluarkan award akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, dan Malaysia telah menggunakan segala remedi perundangan untuk membatalkan award itu di mahkamah-mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh kerajaan Malaysian di Perancis pada 12 Julai 2022 terhadap penguatkuasaan award itu.

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Sulu: Harap Stampa Terima Hukuman Setimpal - Azalina

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad