web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2024 10:05PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi untuk menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) yang meraih 5,739 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK berkendan Nik Raisnan Daud di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini malam ini.

Kerusi DUN Nenggiri dipertanding mulai 2004 dan telah melalui lima pilihan raya sebelum ini, yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi oleh BN manakala kali terakhir oleh wakil PN Mohd Azizi Abu Naim.

Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 pada tahun lepas menyaksikan Mohd Azizi, yang bertanding menggunakan logo PAS, menewaskan calon BN Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

oleh Sophia Ahmad