web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2024 7:13PM

Petugas SPR membawa kertas undi untuk proses pengiraan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir selepas kesemua 20 pusat yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup secara rasmi.

Sebanyak 14 pusat mengundi ditutup pada 6 petang manakala enam lagi ditutup lebih awal dengan empat daripadanya pada 2 petang dan dua pada 3 petang.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 46 tempat mengundi atau saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini.

Dua helikopter digunakan untuk melancarkan proses penjumlahan undi bagi kawasan penempatan Orang Asli Pos Gob dan Pos Simpor yang masing-masing jaraknya 116 kilometer dan 100 kilometer dari pusat bandar ini.

SPR menjangkakan keputusan rasmi akan diumum oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK berkenaan Nik Raisnan Daud seawal 9 malam.

Proses pengundian hari ini membabitkan 20,216 pengundi biasa daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar manakala 43 kertas undi pos telah dikeluarkan untuk individu yang bertugas sepanjang PRK itu termasuk anggota polis.

Setakat 4 petang, SPR memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi ialah 71.87 peratus.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihanya menerima 18 laporan dan membuka enam kertas siasatan berkaitan PRK itu sejak semalam.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan proses pengundian hari ini sebagai terkawal dan berlangsung dalam keadaan harmoni.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail bagi Perikatan Nasional (PN).

la diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 pada Ogos tahun lepas menyaksikan Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar